Bahasa menunjukkan bangsa, itu ungkapan yang kerap kita semua dengari dan selalu dimainkan ditelinga kita dari kecil hingga dewasa.
Itu cerita dulu, tapi sekarang ni bahasa seolah olah tidak menunjukkan bangsa dan dengan bahasa sudah tidak dapat ditentukan apakah bangsanya.
Sangkakala memperkatakan tentang penggunaan bahasa Melayu yang kini sudah seakan akan diperkosa oleh pertubuhan yang mempertahankan Melayu.
Pemuda UMNO Malaysia telah melancarkan portal aduan yang dinamakan 'ForTheRakyat'.
Sangkakala rasa adalah amat bagus portal ini ditubuhkan tetapi penggunaan bahasa untuk menamakan portal tersebut adalah amat amat tidak sesuai dan Sangkakala mengatakan bahawa terdapat pemerkosaan bahasa berlaku disitu.
Kenapa Sangkakala mengatakan bahawa ianya satu bentuk pemerkosaan? Kerana pemerkosaan adalah sesuatu perkara yang tidak direlakan dan begitu juga bahasa Melayu yang tidak mungkin merelakan ianya dicampur aduk tanpa kerelaan.
Kenapa tidak dinamakan sahaja dengan nama 'UntukRakyat'? Kenapa perlu dicampur bahasa tersebut menjadi kepada dua bahasa? 'ForThe' + 'Rakyat'.
Kalau ditanya kepada orang yang berketurunan inggeris, mereka sendiri pun pasti akan menggelengkan kepala jika ditanya apakah maksud perkataan tersebut.
Dan kalau ditanya pula kepada orang yang tidak tahu berbangsa Inggeri maka mereka pula akan menggelengkan kepala kerana mereka hanya akan faham maksud rakyat.
Berbalik kepada pemuda UMNO Malaysia tadi, jika kita sendiri tidak mampu untuk mempertahankan bahasa dan memperkasakan bahasa Melayu, adakah kita mampu untuk mempertahankan dan memperkadakan bangsa Melayu?
Tidak guna kita memekik, tidak guna kita melolong memperkatakan bahawa kita adalah pejuang bangsa sedangkan kita menjual bahasa.
Jangan mendabik dada mengatakan kita pertahanan bangsa jika bahasa kita lemah tak bermaya.
Sedar sedarlah pemuda UMNO Malaysia, lupakan elitis anda semua, jangan kerana elitnya anda maka bahasa Melayu itu secara sewenang wenangnya dupergunakan mengikut citarasa masing masing.
Kumandangkanlah bahasa Melayu di peringkat antarabangsa dan jangan bahasa Melayu diperlekeh sampai tidak berdaya.
Haha nama acronyms UMNO pun dari bahasa inggeris gak tapi rasanya mesti ada sebab tertentu oleh kepimpinan Pemuda UMNO setuju untuk gunakan tagline sedemikian ......betul tak YBKJ?
BalasPadamTanpa nama yang diatas..perasan tak dalam logo UMNO itu sebenarnya adalah tulisan jawi Pa Kaf Mim Ba atau PEKEMBAR..
BalasPadam