Selasa, 25 Februari 2014

ARTIKEL JATI | BUKTI ANWAR PENYOKONG YAHUDI DAN ISRAEL


Berhubung dgn kenyataan anwar ibrahim.....

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel"...

yg disiarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ) bertarikh 26 Jan 2010 menunjukkan sikap anwar terhadap negara pengganas yg telah merampas tanah dan telah membunuh beribu ribu umat Islam di Palestin.

Bukan setakat terhenti di situ, anwar juga mengatakan bahawa beliau akan membuka ikatan hubungan diplomatik dgn negara pengganas Israel tersebut.

Sikap anwar ini tidak lah terperanjat kerana sebelum daripada itu beliau diberitakan telah menanda tangani Surat Lobi pada 2007 supaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) supaya mengutamakan konsep "two state solution" atau penyelesaian 2 negara bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin (sila rujuk blog  anwaraidc - Bukti Sokong Israel: Annapolis Summit - anwar jadi tali barut presiden bush)

Ketika itu , anwar ibrahim merupakan salah seorang ahli jawatankuasa International Crisis Group (ICG), sebuah badan antarabangsa di atas tajaan George Soros berbangsa yahudi.

"Dalam mesy ICG di vancouver, kanada pada mac 2007 yg turut dihadiri anwar, organisasi ini meluluskan "two state solution" dan menggesa negara2 Islam khususnya dunia arab membuka hubungan diplomatik dgn israel sebagai jalan penyelesaian terbaik menamatkan konflik Israel-Palestin"

Allah swt secara jelas menyatakan di dalam al quran:

"Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu.

Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Al Mumtahanah: 10)

Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr Mousa Abu Marzouk membangkang kenyataan tersebut apabila menyatakan bahawa Hamas tidak sesekali mengiktiraf regim Zionis sebagai Israel yg merupakan negara yg ditubuhkan secara haram.

Malaysia merupakan sebuah negara sejak daripada 1948 secara konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin yg berhak terhadap bumi tanah air mereka yg telah dirampas oleh regim Zionis Israel.....

Sent from Samsung Mobile

Tiada ulasan:

Catat Ulasan