Rabu, 26 Februari 2014

ARTIKEL JATI | ADAKAH ANWAR TERLIBAT DENGAN FAHAMAN SESAT ISLAM LIBERAL ???

Liberalisme adalah satu faham yang berkembang di Barat. 

Prinsip2 pemikiran fahaman sesat ini ialah:

1.prinsip kebebasan individu mutlak.

2.prinsip kontrak sosial.

3.prinsip masyarakat pasaran bebas.

4.perinsip meyakini wujudnya Pluraliti Sosio - Cultural dan Politik Masyarakat.

Misi utama Islam Liberal adalah untuk menghalang @ menghancurkan gerakan Islam fundamental.

Kesamaan cita-cita mereka dengan cita-cita Amerika, iaitu menjadikan Turki sebagai model bagi seluruh negara Islam.

Prof. Dr. John L. Esposito menegaskan bahawa Amerika tidak akan rela mengiktiraf negara Islam sebelum seluruh negara-negara Islam tampil seperti Turki.

Dr. Greg Barton ialah seorang pengkaji & pendokong kpd fahaman sesat Islam Liberal yang merupakan profesor di Monash University, Australia bertindak memancarkan segala doktrin sesat Islam Liberal yg berpusat di Universiti Harvard,(The Pluralisme Project) ke Asia melalui Universiti Monash dan disalurkan ke negara-negara yang menjadi sasarannya.

Menurut Dr Greg Barton, kehebatan Islam Liberal bukan sekadar pada namanya "Liberal", tetapi lebih hebat kerana Islam Liberal berjaya memusnahkan akar-akar Islam termasuk persoalan akidah dan syariah.

Islam Liberal akan meruntuhkan prinsip2 asas Al Quran melalui methodologi dekonstruksi (kritik teks) dan memusnahkan akar syariah dengan methodologi ijtihad (penafsiran) terbuka.

Abu Saif al Mahshari, Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Pulau Pinang dalam kertas kerjanya menyenaraikan beberapa tokoh pemula yang menjadi rujukan kpd fahaman sesat Islam Liberal iaitu John Locke, Immanuel Kant  dan  Voltaire.

Tokoh - tokoh ini dipanggil 'Religious Enlightenment' (Pencerahan agama). Kemudian dikuti oleh  Adam Smith dan diperbaharuhi oleh  Charles Kurzman dan lain-lain.

Fakta yg harus diketahui:

1. Ketika berucap di Forum New York Democracy Forum, Amerika Syarikat (Disember 2005) dan the Assembly of the World Movement for Democracy di Istanbul, Turki (April 2006) Anwar Ibrahim  mengakui demokrasi dan kebebasan berasaskan pemikiran John Locke, yang mempengaruhi penggubalan undang-undang Amerika, turut menegaskan yg ianya juga sesuai di dunia Muslim untuk memenuhi keinginan manusia kepada kebebasan dan demokrasi.

2. Anwar Ibrahim menulis dalam Journal of Democracy (Oktober 2007) bertajuk "Anwar Ibrahim on freedom, democracy and the rule of law " memetik pendapat John Locke yang membenarkan individu menentang kerajaan sekiranya kerajaan menyekat hak kebebasan asasi. Dalam tulisan itu Anwar secara jujur mengakui gembira bersekutu bersama NED, sebuah Yayasan Demokrasi tajaan Amerika.

3. Ketika berforum dengan Emma Rothchild (keluarga Rothchild pemilik akhbar Liberation, Perancis ?) dalam 'Wacana Empat Tokoh di Florence, Italy' (2007) Anwar menggesa umat Islam agar memberi perhatian kepada pemikiran 'Adam Smith' yang telah diketengahkan oleh Emma Rothchild.

4. Anwar Ibrahim bersetuju dengan gesaan Muhammad Iqbal (salah seorang tokoh Islam Liberal) agar umat Islam membuka pintu ijtihad yang seakan-akan telah ditutup dan dengan pembukaan semula pintu ijtihad Anwar berpendapat umat Islam dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

Tokoh kontemporari yang menjadi rujukan kpd kumpulan fahaman sesat Islam Liberal ini adalah Charles Kuzman, Professor Sosiologi di University of North Carolina, US.

Charles Kurzman turut menyenaraikan nama Anwar Ibrahim (Malaysia) sebagai salah seorang antara tokoh2 pendokong fahaman sesat Islam Liberal, sebaris dengan Abdurrahman Wahid  (Indonesia), Asghar Ali Engineer  (India), S.M. Zafar  (Pakistan), Rachid Ghannouchi (Tunisia), Benazir Bhutto  (Pakistan), Fatima Mernissi (Morocco), Chandra Muzaffar  (Malaysia), Ali Shari`ati  (Iran), Muhammad Iqbal  (India), Nurcholish Madjid (Indonesia) dan lain-lain.



Sent from Samsung Mobile

Tiada ulasan:

Catat Ulasan