Selasa, 14 Januari 2014

SEMALAM KANGKUNG !!! HARI NI AZWANBRO TWEET PASAL KENCING

Pelik pelik pulak Sangkakala tengok perangai pemimpin pemimpin UMNO ni, semalam dah kisah kangkung meletup letup dalam laman sosial, hari ni pulak dah cerita sukar nak kencing.

Takkan la sampai cerita kencing pun nak tweet, kan dah pegang jawatan tinggi dalam pemuda, jumpa je la terus dengan menteri berkenaan bagi cadangan dan bukannya tweet untuk buktikan kebangangan.


Takkan le kerana pekerja wanita yang bersihkan tandas tu Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ni boleh terkencing dalam seluar agaknya, Kalau rasa kurang selesa, mintalah tukang cuci tu keluar dulu lepas tu nak pancut serata dinding pun buatlah.

Atau pun jangan gunakan mangkuk untuk buang air kecil, gunakan mangkuk untuk buang air besar sebab ada bilik siap pintu sekali, kunci dari dalam, lepaskan sepenuh hati,, hahahaha..nampak tak macam mana Sangkakala ajar Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia cara nak buang air kecil kalau ada tukang cuci perempuan kat dalam tu.

Dah rasa macam mengajar adik lak rasanya, maklumlah nampak macam Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ni sedang mengadu pada Ahli Majlis Tertinggi yang juga merupakan seorang Menteri dalam kerajaan sebab dia sukar nak shishi katanya dalam tandas yang dicuci oleh pekerja wanita.

Itu sebab Sangkakala ajar serba sedikit tentang cara menggunakan tandas kalau ada pekerja wanita didalamnya.

Cukup cukuplah mengeluarkan statement yang boleh bagi orang ketawa dan diketawakan oleh puak pembangkang..keluarkanlah kenyataan yang boleh membena sikit.

Macam Sangkakala katakan tadi, sebagai seorang Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, untuk berjumpa dan Datuk Abdul Rahman Dahlan bukanlah perkara yang sukar, dan rasanya tweet pasal kencing ni memalukan je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan