Setelah melihat keadaan politik yang mungkin agak menyusahkan beliau (Anwar) maka dengan pantas PKR menggunakan AMK untuk menjernihkan keadaan.
Ketua AMK sendiri telah mengatakan bahawa calon terbaik untuk diletakkan di Kajang adalah Anwar Ibrahim dan perletakkan jawatan ADUN kawasan tersebut yang juga merupakan bendahari AMK seperti tidak memberikan apa apa kesan kepada mereka (AMK).
Mungkin permainan yang dimulakan oleh Anwar akan berakhir dengan terkeluarnya PKR dari pakatan haram mereka selama ini.
Tetapi dari satu sudut lain pula, DAP dilihat menguntai peluang untuk bersama dengan PAS dan kemungkinan besar akan terus bekerjasama dengan parti tersebut dalam mencapai hajat mereka untuk menambah kerusi pada masa akan datang.
Berbalik kepada Angkatan Muda Keadilan tadi, biasanya dalam golongan pegawai sudah pasti keputusan akan dibuat berpandukan mesyuarat exco dan dalam kes ADUN Kajang ini, beliau merupakan bendahari AMK dan dengan sokongan yang dibuat oleh AMK melalui ketuanya, dapat kita simpulkan bahawa ini adalah perancangan Anwar yang akan menolak Khalid sebagai Menteri Besar serta menidakkan jawatan tersebut diberi kepada Azmin Ali sedangkan Azmin adalah Timbalan Presiden serta ADUN di negeri Selangor.
Pertelingkahan diantara Khalid dengan Azmin telah memberikan ruang dan peluang kepada Anwar untuk menyelinap masuk ke dalam pemerintahan kerajaan Selangor dan tidak mustahil sepertimana yang dikatakan oleh AMK, perletakkan jawatan ADUN Kajang adalah untuj keselesaan rakyat dalam memilih pemimpin yang lebih baik.
Ayat retorik yang biasa kita dengar, tetapi kepercayaan rakyat khususnya para pengundi dikawasan Kajang telah diperkosa oleh PKR dan dengan mudah mereka mengatakan ianya untuk kebaikan rakyat sedangkan ianya adalah untuk kebaikan individu yang bernama Anwar Ibrahim.
Jadi kepada rakyat Kajang, fikir fikirkanlah apa yang patut di buat, jangan gadaikan masa depan kalian ke tangan Anwar Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan