Heboh diperkatakan tentang ahli parlimen Lembah Pantai yang dikatakan menunutut fasakh dari suami beliau dalam laman media hari ni dan pelbagai spekulasi telah dikeluarkan tentang tuntutan cerai tersebut.
Dan petang tadi Nurul Izzah telah tampil mengatakan bahawa penyebaran tuntutan cerai beliau adalah satu pencerobohan kehidupan peribadi beliau.
Pencerobohan peribadi? Pelik juga bunyinya ni, agaknya bila kena pada batang hidung Nurul Izzah, ianya akan dikatakan sebagai pencerobohan peribadi tapi bila kena pada orang lain itu dinamakan pendedahan, adil ke tu?
Apa apa pun Sangkakala tak mau dengar spekulasi spekulasi daripada mana mana pihak kerana Sangkakala sendiri ada pandangan serta pendapat.
Semua orang tahu yang tugas seorang ahli parlimen boleh dikatakan agak sibuk, tapi sibuk dengan masalah rakyat yang seharusnya difahami oleh suami kepada Nurul Izzah.
Tapi apa yang berlaku ialah, penduduk Lembah Pantai sendiri terbiar tanpa diambil tahu permasaalahan mereka oleh Nurul Izzah.
Jadi sebagai seorang lelaki, Sangkakala rasa Sangkakala faham apa yang dirasakan oleh suami beliau.
Kalau pengundi sendiri terabai, sesibuk manakah Nurul Izzah?
Sibuk Nurul Izzah adalah dengan memberikan ceramah kesana kesini menghambur fitnah kepada kerajaan serta pemimpin hingga keluarga beliau sendiri dan rumah tangga yang dibina hampir 11 tahun lalu terabai.
Anak anak juga mungkin terabai dan hanya diharapkan kepada penjaga atau orang gaji untuk menjaga mereka dan sebagai seoarang suami sudah pastinya ini akan mendatangkan rasa kurang selesa.
Mungkin juga kerana kesibukan ini maka nafkah yang perlu diberikan kepada suami serta anak anak terabai dan ini juga akan mendatangkan ketidak selesaan kepada suami beliau.
Jadi disini Sangkakala nak bagi tau, sebagai seorang suami yang masih muda, sudah tentulah nafsu tidak dapat diempang seperti mana air sungai diempangkan dan kalau sungai diempang pengaliran airnya, maka lama kelamaan akan pecah juga dan ini akan mendatangkan musibah.
Minta minta korang pandai pandailah fahami apa yang Sangkakala maksudkan diatas tu, takkan tak reti reti kot.
Kenapa Sangkakala katakan begitu? Dengan kesibukan Nurul Izzah kesana kesini dengan umur yang masih muda dan sejak menjadi Ahli parlimen semasa usia perkahwinan berumur lebih kurang 5 tahun, maka ini menjadi satu permasaalahan sebenarnya.
Berbalik kepada perkara asas yang Sangkalala katakan diatas tadi apabila Nurul Izzah mengatakan bahawa ini adalah pencerobohan peribadi beliau, Sangkakala rasa Nurul sepatutnya sedar dengan apa yang beliau lakukan selama ini.
Pencerobohan dengan memfitnah kepada pemimpin kerajaan adalah mainan beliau dan kini ianya terbalas secara tunai.
Tidak lagi perlu menunggu terlalu lama untuk menerima pembalasan dari Tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan