Sangkakala rasa kerajaan Jepun sepatutnya mengambil tindakan undang undang keatas kepimpinan pembangkang yang mengatakan bahawa kerajaan Jepun tunduk dengan UMNO.
Nampak gambar diatas tu macam mana pemimpin DAP mengatakan bahawa kerajaan Jepun tunduk kepada UMNO dan sepatutnya UMNO mengambil tindakan dengan menghantar memorendom kepada kerajaan Jepun mendesak agar kerajaan negara itu mengmbil tindakan undang undang terhadap kepimpinan pembangkang yang memfitnah UMNO serta kerajaan Jepun.
Semua rakyat Malaysia dah tahu yang kemasukan Anwar ke Jepun adalah disebabkan beliau mempunyai rekod sebagai bekas banduan dan mengikut undang undang kerajaan Jepun, setiap bekas banduan mestilah menggunakan visa untuk pergi ke negara tersebut.
Tapi Anwar ni dah sangka dia ni jadi Perdana Menteri Malaysia sampai tak perlu pakai visa untuk melawat negara tersebut.
Dia nak buat negara Jepun tu macam negara dia sendiri ke?
Pengikut pakatan seharusnya malu kerana ada pemimpin mereka juga membuat bantahan dengan berkumpul di depan kedutaan kononnya mempertahankan pemimpin agung mereka.
Perlu diingat, Jepun mempunyai hak untuk menyekat sesiapa sahaja dari memasuki negara mereka berlandaskan undang undang yang ada tanpa di pengaruhi oleh mana mana pihak atau kerajaan atau mana mana parti di negara lain.
Tapi yang bodoh sangat pemimpin pakatan kata kerajaan Jepun tunduj dengan UMNO adalah satu penghinaan kepada UMNO itu sendiri dan UMNO kena mengambil tindakan sewajarnya.
Sebab kebodohan mereka (pembangkang) ni kena dilayan dengan undang undang, tapi jangan le nanti ada pulak BADUT yang tarik balik saman tu macam yang berlaku pada Tian Chua serta Mustafa Ali.
BADUT ni macam yang tertulis DISINI..
buang masa x nih..kalau penerangan x tido xde hal.maaf menyibuk
BalasPadam