Rabu, 22 Januari 2014

@NajibRazak HEBAT SANGAT KE DATUK KADIR JASIN NI ???

Sangkakala tengok ramai di kalangan para blogger yang menjadi sahabat Sangkakala sekarang ni menulis tentang Datuk A. Kadir Jasin.


Mula mula Sangkakala pun tak berapa nak kisah sangat sebab tak tau cerita sebenar, tapi setelah dirisik punya risik, rupanya Kadir Jasin ni dah jolok sarang tebuan dengan mengatakan bahawa blogger pro kerajaan mencuci seluar dalam sendiri di khalayak ramai.

Bila Sangkakala perhatikan dengan lebih dalam, Sangkakala agak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh blogger blogger serta penggiat media cyber ni yang menghentam beliau.

Seperti mana yang ditukis oleh Tun Faisal dalam artikel beliau yang mengayakan bahawa 8 artikel yang ditulis secara panjang lebar oleh DATUK sorang ni tak membantu kemenangan Barisan Nasional pun.

Tapi dengan melemparkan tuduhan kepada blogger serta penggiat media maya yang merupakan kawan kawan Sangkakala rasanya agak melampau.

Sehebat mana penulis berbini dua ni sampai menidakkan kerja kerja yang dilakukan oleh para pejuang cyber pro BN dalam membantu kemenangan?

Kalau nak bercakap tu pandang pandang le sikit ye UNCLE, jangan main hentam kromok je dalam penulisan, bila dihentam sikit mula le melompat macam katak terpijak bara.

Lain kali kalau nak cerita tentang orang, tengok dulu setakat mana sumbangan kita.

Sangkakala dapat tahu bahawa UNCLE ni dulu berkawan dengan Perdana Menteri, tapi itu cerita puluhan tahun lampau la, dan mungkin kerana sikap yang agak tidak menyelesakan maka perhubungan menjadi renggang hingga nak berhubung melalui apa apa medium pun dah tak dapat.

Sangkakala sendiri yang tak berkawan dengan Perdana Menteri pun masih boleh berhubung dengan beliau, ini berkawan sejak 37 tahun dulu tak boleh nak bersuara.

Ada juga rakan Sangkakala yang menulis tentang mengapa beliau melompat sakan, rupanya tak dapat jadi pengerusi Media Prima katakan, baca DISINI.

Sebab jawatan rupanya yang meroyan macam pempuan besalin mati anak ni ye UNCLE.

Macam yang kawan Sangkakala katakan juga la, kalau nak jawatan tunjukkanlah komitmen dulu, baru le boleh nak berangan panjang.

Bukannya dengan menidakkan kerja orang lain untuk kita naik, itu dah macam enau di tengah belukar namanya.

Ok lah, Sangkakala berhenti dulu disini, nanti akan ada kesinambungan cerita UNCLE sorang ni, dan mungkin cerita yang akan datang lebih menarik sebab Sangkakala nak dalami dulu siapa sebenarnya UNCLE ni ok...

pssttt...gambar kat atas tu korang sendiri nilai le yang mana satu KADIR JASIN ye....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan