Jumaat, 3 Januari 2014

MAT SAID TERJAH KERETA ORANG ?? APA KES NI ??

Adoii..tak habis satu, satu lagi hal yang di buat oleh Menteri Besar Terengganu ni, yang pergi terjah kereta orang tu apa hal.

Tapi itulah hakikatnya apabila seorang Menteri Besar yang sayang pada rakyatnya apabila beliau sanggup untuk mengarahkan pemandu beliau untuk membawa mangsa kemalangan menggunakan kenderaan rasmi untuk dibawa ke hospital.

Ceritanya bermula apabila Dato Seri Menteri Besar terlihat satu kemalangan diantara sebuah kenderaan jenis Viva dengan sebuah Proton Perdana.

Melihatkan mangsa tidak dibawa ke hospital kerana menunggu ambulan tiba, maka Dato Seri Mat Said telah mengarahkan mangsa tersebut dibawa dengan kenderaan rasmi beliau.


Walaupun pernah menerima segala bagai tohmahan dan cacian, namun tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan serta sifat sebagai seorang manusia masih menebal, segala pangkat dan darjat serta jawatan diletakkan ke tepi.

Kali ni memang Sangkakala puji Dato seri Mat Siad kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Buknnya macam pemimpin pembangkang yang akan hanya lalu sahaja jika terserempak dengan kemalangan, malah ada yang lari meninggalkan mangsa kemalangan tersebut.

Teruskan usaha begini dan Sangkakala yakin Allah melihat apa yang kita lakukan dan ianya akan di balas juga dengan kebaikan.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan