Jumaat, 3 Januari 2014

KERAJAAN BN DIKATAKAN KEJAM !!! KERAJAAN SELANGOR MACAM MANA PULAK ???

Ni Sangkakala dapat dari wall facebook sorang kawan..merungut bagai dia dalam wall bila terima bill cukai dari kerajaan Selangor. 


Bila kerajaan BN tarik beberapa subsidi untuk mengurangkan perbelanjaan, maka melompat terkinja kinja pengikut pembangkang.

Tapi bila dalam kes yang macam ni senyap pulak tak bercakap apa apa..ini ke yang dikatakan nak membantu??

Tapi dah menjadi lumrah pengikut pakatan, kalau apa yang dibuat oleh kerajaan pakatan di Selangor semuanya bagus tapi kalau kerajaan Barisan Nasional yang buat mula la melompat.

Punya lah bingai langsung taknak membantu kerajaan sedangkan pelbagai kemudahan kerajaan dah bagi untuk kestabilan ekonomi rakyat itu sendiri.

Memang la Sangkakala sendiri pun tak setuju dengan kenaikan..tapi apabila difikirkan semula ada kebenaran juga bila subsidi di tarik balik.

Contoh kalau gula, berapa sangat penggunaan gula bagi seisi rumah, takkan sampai 50kg sebulan.

Tapi penggunaan bagi perniagaan pula berapa banyak? Dan subsidi yang sepatutnya diberikan kepada rakyat tidak sampai kepada sasaran.

Jadi dalam hal subsidi ini siapa yang untung? Rakyat atau para peniaga yang mendapat keuntungan berlipat kali ganda?

Begitu juga dengan minyak, berapa ramai orang dari Singapura masuk ke Johor untuk membeli minyak petrol sebab harga yang begitu murah berbanding negara mereka.

Jadi disini adakah rakyat Malaysia mendapat subsidi seperti yang sepatutnya?

Kita kena la fikir sejenak untuk apa kerajaan menarik balik subsidi subsidi ini.

Tapi berbalik pada gambar diatas, kerajaan Barisan Nasional setiap tahun memberikan geran kepada Selangor dan oada tahun lepas sebanyak RM 300 juta telah disalurkan namun masih lagi menaikkan cukai cukai dan gambar diatas adalah salah satu contohnya.

Bagaimana sebuah negeri yang maju  dan kaya mesti menaikkan cukai dan bagi Sangkakala,  kenaikan cukai tersebut sebenarnya adalah untuk menutup kenaikan gaji MB, ADUN dan EXCO yang berlipat kali ganda.

Cuma pengikut pembangkang tidak mengambil peduli tentang perkara tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan