Selasa, 7 Januari 2014

HADI AWANG KENA BUKTIKAN KENYATAAN !!! JANGAN HANYA PANDAI BERCAKAP

Sangkakala rasa Presiden PAS perlu membuktikan apa yang dikatakan oleh beliau dalam akhbar seperti yang dibawah.


Kalau diikutkan kata kata daripada yang tertulis didalam akhbar pada 6 julai 2001 seperti yang Sangkakala letakkan diatas, jelas menunjukkan bahawa PAS dan UMNO perlu bersatu dalam isu kalimah Allah.

Jika tidak begitu maka apa yang dikatakan oleh Presiden PAS ini tidak menjadi kenyataan apa bila kristian katolik yang mahu menggunakan kalimah Allah dibiarkan begitu sahaja tanpa apa apa bantahan dari PAS. 

Dan Hadi Awang sendiri dalam keratan akhbar tersebut mengatakan bahawa "anjing pun pandai bersatu apabila kawasannya dicerobohi walaupun sedang berkelahi".

Begitu juga antara PAS dan UMNO, kenapa tidak bersatu membela kalimah Allah yang sedang dijadikan isu oleh kristian katolik.

Dari apa yang Sangkakala lihat, tidak ada satu pun laporan polis yang dibuat atau apa apa bantahan dilakukan oleh PAS dalam menyuarakan bantahan mereka dan tidak langsung menyokong tindakan melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis oleh UMNO. 

Adakah apa yang dikatakan oleh presiden PAS ini benar apabila dia mengatakan bahawa PAS lebih bijak dari anjing seperti yang dinyatakan oleh beliau?

Bukanlah niat Sangkakala hendak menghina sesama Islam, tetapi dengan perbuatan paderi Lawrence Andrew, Sangkakala rasa sudah sampai masanya orang orang PAS dan UMNO bersatu.

Tapi dari apa yang Sangkakala lihat, ianya tidak begitu malah ada segelintir pengikut PAS terutamanya di media media sosial seperti Facebook dan sebagainya memperlekeh setiap laporan polis dan bantahan yang dilakukan oleh UMNO. 

Membandingkan dengan pelbagai perkara dan ini adalah punca kenapa kristian katolik ini mula menunjukkan besar kepala mereka kerana tiadanya penyatuan dikalangan orang islam itu sendiri. 

Sampai bila politik ini akan terus membiarkan ketidak capaian persefahaman antara orang Islam di negara ini?

Sangkakala juga melihat bahawa PAS hanya mahukan kepentingan politik dan dengan berdiam diri tanpa melakukan apa apa bantahan atau tidak menyuarakan bantahan mereka dalam isu ini helas menunjukkan bahawa PAS sebenarnya takut kehilangan undi dalam pilihanraya.

Jelas juga disini menunjukkan bahawa laungan Islam PAS hanyalah untuk kuasa politik semata mata.

Ada juga dikalangan ahli PAS yang merasakan bahawa pemimpin mereka lebih takut kehilangan kuasa politik daripada kehilangan hak mutlak penggunaan kalimah Allah. 

Adakah kuasa politik itu lebih besar nilainya daripada mempertahankan agama islam?

Semasa PAS dibawah naungan Allahyarham Ustaz Fadhil Nor, tidak pernah terjadi perkara sebegini kerana ikatan kekeluargaan dalam islam itu kuat tanpa mengira politik. 

Sangkakala ambil contoh semasa kejadian di Pulau Pinang satu masa dulu apabila ada dikalangan orang bukan Islam dikatakan mahu membakar sebuah masjid, semua orang Islam tanpa mengira fahaman politik bersatu untuk mempertahankan masjid tersebut.

Dan Sangkakala kira, jika perkara tersebut berlaku, tidak mustahil akan terjadi peperangan diantara kaum.

Tetapi bukanlah itu tujuan atau matlamat sebenarnya, tujuan Sangkakala menulis ini adalah untuk memberi peringatan kepada pemimpin PAS bahawa perjuangan hari ini jangan hanya menjurus kepada pemerintahan.

Jika PAS dan UMNO bergabung dalam isu kalimah Allah ini, Sangkakala amat yakin dan percaya, kita sebagai umat Islam di Malaysia akan lebih kuat dan tiada siapa berani untuk mengusik atau melakukan provokasi melampau tentang agama. 

Dan untuk politik, maka berpolitiklah seperti biasa, tidak ada apa apa halangan dari sesiapa pun.

Percayalah, jika PAS dan UMNO bersatu kearah mempertahankan Islam, kedua dua parti ini akan lebih kuat di Malaysia dan kedua dua parti ini akan menjadi igauan ngeri buat mereka yang bukan islam sekiranya mahu melakukan sebarang perkara yang menjurus kearah untuk memperlekeh agama Islam.

 

1 ulasan:

  1. Pas dah perjuangkan. Pas tak membenarkan kalimah Allah disalah gunakan. Majlis syura ulama yg di pimpin oleh tn guru nik aziz dan prof dr haron din dah keluarkan lampiran pun. Mohon sangkakala cari lampiran tue. Jgn asyik sibuk cari bahan utk fitnah org je.dan nak tnye, mne surat/lampiran dari umno pulak?
    Hmm

    BalasPadam