Isnin, 20 Januari 2014

GIAT MARA DALAM DILEMA !!! KERAJAAN SELANGOR BERCANGGAH KENYATAAN

Apa cerita ni sampai takde keputusan tepat yang mampu dibuat oleh kerajaan Selangor?  Menteri Besar mengeluarkan kenyataan GIAT MARA hanya diminta untuk menambah baik prasarana tetapi kenyataan EXCO Pelajaran lain pula.


Mengikut kata Dr Halimah Ali yang juga merupakan EXCO kerajaan Selangor,  GIAT MARA ditutup bukanlah ada kaitan dengan Melayu tetapi berpandukan dengan pendudukan tanah yang digunakan.

Kenyataan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang pula mengatakan bahawa GIAT MARA wajib ditutup kerana tidak memberi kepentingan untuk semua pihak.


Memang kerajaan Pulau Pinang tidak ada kene mengena dengan kerajaan Selangor tetapi dengan kenyataan Guan Eng sepertimana yang diatas jelas menunjukkan betapa rasisnya DAP dalam isu GIAT MARA.

Berbalik kepada GIAT MARA Selangor,  bukannya susah sangat kalau kerajaan negeri benar benar ingin membantu rakyat khususnya orang Melayu di Selangor dalam bidang kemahiran.

Tanah tersebut memang diketahui milik kerajaan negeri dan pusat GIAT tersebut telah dibina semasa pemerintahan Barisan Nasional lagi, namun setelah pakatan memerintah negeri Selangor, perkara ini telah dibangkitkan semula.

Kerajaan negeri berkuasa untuk memperuntukkan kawasan atau tanah yang didirikan dengan bangunan tersebut demi untuk pembelajaran anak anak Melayu yang menimba pengetahuan di tempat tersebut.

Tetapi apa yang dilakukan oleh kerajaan Selangor ialah dengan cuba memberikan kawasan tersebut kepada sebuah syarikat swasta untuk dimajukan.

Seperti yang Sangkakala telah ajukan dalam artikel yang lepas, syarikat yang dimaksudkan adalah sebuah syarikat yang membekalkan komponen atau peralatan untuk kegunaan syarikat yang membina kapal terbang.

Apa yang berlaku kini ialah, syarikat tersebut Sangkakala lihat cuba mencuri peluang untuk mengurangkan perbelanjaan kakitangan mereka dengan memperalatkan pelatih pelatih yang ada dalam Pusat GIAT di Selayang.

Contohnya begini, jika Syarikat tersebut berjaya untuk mengambil alih Pusat GIAT di Selayang, maka apa juga pengeluaran yang dibuat melalui pusat GIAT itu akan dijual kepada syarikat yang membina kapal terbang dan bagaimana pula kos pekerja dapat dikurangkan?

Kita semua maklum bahawa pusat GIAT selama ini memberikan elaun kepada para pelatih untuk mempelajari kemahiran dalam pembuatan alatan kapal terbang dan syarikat ini juga akan melakukan perkara sama tetapi bezanya ialah, hasil pengeluaran akan dijual oleh syarikat tersebut kepada syarikat yang membina pesawat.

Berbanding dengan apa yang dilakukan oleh GIAT MARA yang tidak mengambil keuntungan daripada apa yang dipelajarkan kepada para para pelatih pusat tersebut.

Dengan hanya memberikan elaun sebanyak beberapa ratus ringgit kepada pelatih berbanding dengan kos pekerja yang mungkin mencecah ribuan ringgit seorang untuk sebulan.

Inilah apa yang dikehendaki oleh kerajaan Selangor dengan memberikan keuntungan kepada syarikat swasta dengan memperjudikan tenaga anak anak Melayu Selangor khususnya.

Ini adalah contoh yang Sangkakala dapat lihat dari situasi yang berlaku tentang GIAT MARA di Selangor.

Jadi kepada rakyat Selangor, harap harap sedarlah, kerajaan Pakatan di Selangor amat bijak mempergunakan rakyat untuk kepentingan mereka dan Sangkakala juga berfikiran bahawa sudah tentu ada perkongsian dalam urusan tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan