Takkan la si Ibdil ni nak harapkan instagram semata mata untuk melawan persepsi pihak lawan terhadap kerajaan macam yang ada di bawah ni.
Sejak petang semalam, Sangkakala bersama sama beberapa orang rakan blogger turun ke Dataran Merdeka untuk melihat situasi perhimpunan TURUN yang diadakan oleh Pakatan Penbangkang.
Tapi semasa berada di Dataran Merdeka sejak jam 3 petang, Sangkakala hanya lihat beberapa orang itu lah yang melakukan tugas2 mengambil gambar dan sebagainya serta dijadikan bahan untuk menulis di dalam blog serta akaun media sosial masing masing.
Mana dia sukarelawan yang disebut sebut oleh pengerusi Biro Media Sosial Pemuda UMNO Malaysia ni?
Dah berapa lama tertubuhnya pelbagai Biro dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tapi Sangkakala tak nampak lagi hasil kerja untuk membantu Barisan Nasional terutamanya UMNO.
Dalam erti kata lain, Biro Media Sosial ni hanya tinggal nama, dan nama Pengerusinya ialah Ibdil.
Yang lain Sangkakala tak nampak lagi, tiada arahan yang dikeluarkan, tiada petugas yang dikerahkan sepertimana yang dilajukan oleh Unit Media Baru Pemuda UMNO Malaysia yang lalu.
Kalau ini berterusan, Sangkakala rasa Biro Media Baru atau BMB yang ditubuhkan oleh Ketua Pemuda Malaysia ni akan jari hampeh dan poyo selama 5 tahun mendatang kecuali dengan adanya penambah baikan.
Ingat la bro..instagram tu untuk syok sendiri boleh, tapi kalau melawan persepsi tak tau le di mana kekuatannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan