Jumaat, 17 Januari 2014

AKAUN RED BEAN ARMY DIKESAN !!! KORANG BUAT LE APA YANG PATUT

Lama dah kita tak dengar kisah Red Bean Army kan? Kalau dulu sebelum pilihanraya kecoh tentang tentera cyber DAP ni diperkatakan.

Sebenarnya Red Bean Army ini bukanlah rekaan atau khayalan semata mata, mereka ini memang wujud dan masih lagi wujud sehingga sekarang tetapi tidak diperangi habis habisan oleh pihak kerajaan.

Tugasan mereka ini sebenarnya adalah mengganggu segala bentuk fakta yang dikeluarkan oleh pemilik pemilik akaun khususnya facebook penyokong kerajaan.

Disini Sangkakala tunjukkan satu akaun yang dikesan sebagai Red Bean Army yang menggunakan nama melayu didalam laman facebook.



Nampak tak kotak yang berwarna merah tu? Secara terang terangan si pemilik akaun telah menghina bangsa Melayu dan ini lah yang dilakukan oleh Red Bean Army.

Dengan menggunakan nama Melayu, mereka akan menghina kaum Melayu utu sendiri supaya kaun lain akan mengatakan bahawa Melayu sendiri tidak suka dengan bangsa Melayu.

Akaun akaun sebegini sebenarnya banyak terdapat dalam laman laman sosial dan mereka ini bertugas mengikut syiff dan dibayar dengan imbuhan yang agak lumayan.

Jadi sekarang Sangkakala dah tunjukkan satu akaun yang dikesan sebagai Red Bean Army jadi terpulanglah kepada penggiat maya sendiri apa tindakan yang perlu diambil terhadap akaun tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan