Sabtu, 18 Januari 2014

AGENDA DAP !!! MELAYU BAKAL DILENYAPKAN OLEH PEMBANGKANG

Ramai dikalangan para pengikut pembangkang telah tersilap tafsir tentang apa yang dikatakan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan jika pembangkang menjadi kerajaan maka rakyat tidak lagi berpeluang untuk memilih Barisan Nasional.


Para penyokong pakatan pembangkang telah menyifatkan bahawa jika kerajaan bertukar tangan daripada Barisan Nasional kepada pakatan pembangkang maka penambah baikan oleh pakatan pembangkang itu yang membuatkan rakyat tidak berpeluang memilih Barisan Nasional semula.

Itu adalah tanggapan daripada pengikut Pakatan Pembangkang, tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir ialah sekiranya kerajaan bertukar tangan maka rakyat tidak berpeluang memilih Barisan Nasional semula kerana Pakatan Pembangkang akan memasukkan semula Singapura ke dalam Malaysia seterusnya akan memberi penambahan parlimen kepada pakatan pembangkang dan ini sebenarnya bertujuan untuk menidakkan suara rakyat di dengari lagi.

Kerusi parlimen di Malaysia berjumlah 222 dan di Singapura pula berjumlah sebanyak 87 kerusi dan jumlah semua kerusi ini ialah sebanyak 309.

Dengan kemenangan yang dilihat hanya sebanyak 133 kerusi maka jika ditolak dengan jumlah keseluruhan 309 kerusi maka jumlah kerusi yang dimiliki oleh pakatan pembangkang sebanyak 179 dan daripada 87 kerusi yang ada di Singapura, PAP menguasai 81 kerusi yang membolehkan mereka menjadi kerajaan.

Jika 179 kerusi ini ditolak dengan 6 kerusi milik pembangkang di Singapura, maka pakatan pembangkang masih memiliki 173 kerusi lagi yang membolehkan mereka masih kekal memerintah tetapi dengan bantuan daripada PAP Singapura yang menjadi ikon kepada DAP Malaysia.

Begitu juga dengan populasi berkaitan dengan kaum, kita umumnya mengetahui bahawa populasi kaum cina di Singapura adalah majoriti berbanding dengan Malaysia yang mana Melayu menjadi populasi majoriti.

Akan tetapi, jika Singapura diserapkan masuk semula ke dalam Malaysia maka populasi ini akan menjadi sebaliknya dengan penambahan penduduk dari kaum cina di Singapura.

Baca di SINI..

Ini sepatutnya yang dilihat oleh para pengikut pembangkang, bukan hanya menyalahkan kerajaan dengan mengikut arah telunjuk DAP yang kini dalam usaha untuk memenangi pilihanraya semata mata untuk mencapai matlamat mereka.

Satu lagi yang kita perlu ingat ialah, Lee Kwan Yew pernah berkata beliau ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun seminit dan cita cita ini sedang cuba direalisasikan oleh DAP yang menjadi anak didik kepada PAP di Singapura.

Itu adalah maksud sebenar tentang apa yang diperkatakan oleg Tun Mahathir Mohamad kerana beliau sendiri telah dapat menyaksikan permainan DAP yang melaga lagakan orang Melayu agar berpecah supaya matlamat dan hasrat mereka akan tercapai.

Melayu seharusnya sedar tentang perkara ini kerana ianya akan melibatkan generasi kita yang akan datang.

Perjuangan nenek moyang kita dulu adalah untuk kita pada hati ini dan perjuangan kita hari ini adalah untuk generasi kita yang akan datang.

Nenek moyang kita dulu telah memilih landasan yang betul hinggakan kita mampu hidup selesa pada hari ini tetapi adakah perjuangan kita pada hari ini akan memberikan keselesaan kepada anak cucu dan generasi kita yang akan datang.

Sudahnya nanti, yang bertandang akan bersidang, yang berhak akan melayang dan ini tidak mustahil akan berlaku sekiranya pakatan pembangkang memerintah Malaysia.

Fikir fikirkanlah....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan