Memang Sangkakala tak nafikan bahawa kehadiran pada hari ini memang ramai dan ianya amat meriah.
Tapi apa jadi masa pilihanraya kecil di Sungai Limau baru baru ini?
2000 jentera yang dikatakan akan memenuhi Sungai Limau tidak kelihatan dan janji untuj membawa 2000 jentera tersebut telah di nyatakan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang penuh kontroversi kemenangannya baru baru ini.
Apa sebenarnya yang berlaku ni? Adakah pemuda hari ini hanya mampu berjanji sebagai pemanis bibir untuk mengatakan bahawa mereka turun bekerja?
Sungai Limau menjadi kayu pengukur dimana kegagalan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia menjadi pemimpin dan pada masa itu jugalah baru terserlah kegagalan beliau.
Kejayaan bukan datang bergolek dan janji harus ditepati dan jangan hanya dijadikan sajian untuk menunjukkan kepimpinan.
Sangkakala rasa pemuda pemuda lain juga perasan tentang perkara ini tapi apa boleh buat? Menang memang dah menang dan mungkin kerana itu ianya sudah tidak menjadi keperluan lagi.
Tapi kepada Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, perlu diingatkan bahawa perjuangan masih panjang dan a0a yang berlaku pada hari ini akan dikenang dimasa hadapan.
Apa apa pun Sangkakala ucapkan tahniah kepada Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang berjaya memenangi pemilihan kali ini dan jika ada rasa un5uk bertanding dimasa akan datang, rasanya perlu melakukan kerja 5 kali ganda daripada pemilihan kali ini itu pun jika tiada serangan hebat dari penggiat maya macam Sangkakala.
Dan tak lupa juga ucapan tahniah kerana telah berjanji dengan lantang untuk membawa 2000 jentera ke Sungai Limau yany sudahnya semua jadi 'lemau'.