Selasa, 10 Disember 2013

MANGSA BANJIR TERUS BERKURANGAN @NajibRazak @Khairykj @MuaamarGhadafi

Mangsa kejadian banjir di Kuantan yang ditempatkan sementara di Wisma Belia nampaknya makin berkurangan.

Sehingga jam 5.30 petang semalam jumlah mangsa yang masih berada di Wisma Belia ini hanya tinggal 261 orang dan keadaan cuaca yang tidak hujan walaupun mendung dijangka akan membolehkan mangsa pulang ke rumah masing masing.


Walaupun keadaan cuaca sudah beransur pulih, namun bilik gerakan banjir masih beroperasi seperti biasa untuk menerima sebarang kemungkinan jika berlaku semula kejadian banjir.

Semua mangsa yang dibenarkan pulang dibekalkan dengan barangan keperluan asas seperti makanan dan lampin pakai buang untuk kanak kanak.




Mangsa yang pulang ke kediaman masing masing dihantar dengan bas yang telah disediakan di Wisma Belia untuk mengangkut mereka pulang.