Khamis, 12 Disember 2013

FUZIAH BENGKANG TAK PEDULI DENGAN PENGUNDI SENDIRI

Kahkahkah..gelak besar Sangkakala bila tengok seorang rakan facebook memuat naik gambar yang menunjukkan Fuziah Saleh ahli parlimen Kuantan tunjukkan bahawa beliau sedang menikmati kuih bengkang atau bingka di sebuah tempat di Kuala Lumpur pada 3 Disember yang lalu.


Bukan ke 3hb Disember tu banjir dah berlaku di Kuantan? Tapi nampaknya Fuziah ni lebih suka bersenang senang bersama sama rakan pakatannya di Kuala Lumpur tanpa menghiraukan penduduk serta rakyat yang bertungkus lumus mengharung banjir.

Bila balik je ke Kuantan, terus si Fuziah ni kata bantuan dari kerajaan lambat sampai.

Ehh..biar betul dia ni? Bantuan lambat sampai atau dia ni yang lewat tiba sebab menghabiskan bengkang di Kuala Lumpur? 

Bila di kritik dalam laman twitter oleh seorang lagi rakan Sangkakala yang mengatakan bahawa beliau akan ditolak pada PRU ke 14, ini pulak jawapan yang diberikan oleh Fuziah.



Nampak jawapan si Fuziah ni dalam twitter beliau?

Jelas menujukkan yang si Fuziah tak kisah sangat pada pengundi, almaklumlah dia dah menang masa PRU lepas, sekarang nak kata apa lagi kan.

Tunggu je lah pru14 nanti, itu pun kalau orang Kuantan dah celik matanya sedar apa yang dilakukan oleh Fuziah ni di kawasan.

Kalau masih buta lagi tak tau la Sangkakala nak kata apa lagi lepas tu.