Selasa, 3 Disember 2013

@azwanbro NAK BERMUSUH DENGAN BLOGGER ??? DAH HABIS FIKIR KE ??? @khairykj

Baru baru ni apabila pengerusi unit media baru telah dilantik oleh Ketua Pemuda Malaysia, YB Khairy Jamaluddin, walaupun ada yang kurang selesa tapi itu adalah hak beliau selaku ketua untuk meletakkan siapa sahaja sebagai pengerusi biro atau unit.

Apabila mendapat pelbagai reaksi dari penggiat media maya, maka saudara Khairy telah mengatakan bahawa unit media baru akan ditambah baik dan boleh dikatakan semua penggiat maya yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional menerimanya dengan baik.

Tapi dalam pada itu, ada pulak satu cerita lain dimana Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dilihat seolah olah mahu bermusuh dengan blogger proBN.

Sangkakala mendapat berita bahawa ada seorang blogger yang mengambil gambar beliau telah dikatakan sebagai musuh beliau dan kenyataan tersebut telah dikeluarkan dihadapan rakan rakan Pemuda UMNO Malaysia sewaktu makan tengah hari anjuran Pemuda di PWTC.

Ini ke sikap dan perangai seorang Naib Ketua Pemuda yang nak menerajui pemuda ke arah yang lebih mantap?

Cerita sebenarnya bermula disini.

Kharul Azwan Harun yang dulu merupakan Ketua Pemuda Perak, telah mengupah beberapa orang blogger termasuklah Sangkakala untuk menjadi jentera siber beliau semasa pemilihan agung pemuda UMNO dan Khairul atau azwanbro telah berjanji untuk memberikan imbuhan diatas kerja kerja tersebut.

Namun apa yang berlaku ialah, pembayaran hanya dibuat separuh sahaja dan separuh lagi masih tertunggak dan azwanbro kini nampaknya macam melarikan diri tanpa berhubung dengan jentera jentera ini.

Sehinggalah bermulanya semalam, penggiat maya ini telah membuat hashtag dalam twitter #wanberuk.

Dan rakan blogger yang dikatakan musuh tadi juga salah seorang yang terlibat.

Tapi nampaknya wanbro ni bukan nak selesai masalah, namun mencipta masalah lain dengan mengatakan jentera jentera ini musuh beliau.

Persoalannya, siapa yang mencipta musuh? Adakah blogger yang mencipta musuh atau wanbro sendiri mencari musuh?

Sorang lagi blogger juga kena sound dengan wanbro tadi kononnya kalau nak maki dia pun kenalah bersalaman sebab kita orang islam.

Nak bagi tau sikitlah pada wanbro, Islam ni menepati janji, sebab janji perlu ditunaikan dalam islam.

Kalau cerita je kena bersalam sebab sesama islam tapi janji tidak ditunaikan, islam ke tu?

Jentera maya ni rasanya dah tunaikan janji untuk berjuang sehingga beliau menang, tapi dah menang lain pulak jadinya.

Tapi takpe lah, selama 3 ke 5 tahun ni kita tengok sejauh mana wanbro nak bermusuh dengan blogger, jangan esok datang mencari blogger blogger ni untuk berjuang sekali lagi sudah la.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan