Ahad, 1 Disember 2013

ANTARA SEBAB KENAPA MP PEMBANGKANG BANGKANG KENAIKAN GAJI AHLI PARLIMEN


Dua tahun lepas apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa gaji ahli parlimen akan di naikkan maka terkinja kinja ahli parlimen dari pakatan membantah kerana mereka mengatakan bahawa mereka adalah pejuang rakyat.

Tapi apabila kenaikan gaji ADUN diumumkan oleh Menteri Besar Selangor,  tidak langsung ada bantahan yang dibuat oleh ADUN pakatan.

Setelah Sangkakala teliti perkara ini, barulah Sangkakala faham dan bersetuju dengan Perdana Menteri yang mengatakan bahawa pembangkang jangan hipokrit dalam isu kenaikan gaji.

Rupa rupanya mereka ini membantah kerana mereka tahu bahawa mereka akan mendapat kenaikan di peringkat negeri keraba kebanyakan malah hampir semua ADUN pakatan adalah ahli parlimen.

Jadi disini kalau tak naik gaji sebagai ahli parlimen sekalipun, tidak mengundang sebarang masalah kerana ni peringkat negeri mereka akan mendapat kenaikan lebih dari apa yang diperolehi di peringkat parlimen.

Cuba kita lihat Khalid Ibrahim, beliau sendiri adalah ADUN, malah beliau juga adalah Menteri Besar, jadi jika digabungkan kedua dua jawatan yang ada, pendapatan beliau sudah pasti lebih daripada apa yang diperolehi oleh Ahli Parlimen. 

Inilah punca sebab apa mereka membabtah kenaikan gaji ahli parlimen satu masa dulu dan kini sudah terbukti mereka berjaya mengaburimata rakyat yang menganggap mereka adalah pejuang dan dalam masa sama mereka menyapu segala yang ada di dalam negeri.