Klik gambar untuk video |
Pada kebiasaannya, kata kata sebegini hanyalah untuk menyedapkan hati serta menutup kesalahan sebab usahkan akhbar UMNO atau BN, malahan risalah ubtuk memberi tahu satu satu hal tentang kebaikan rakyat juga akan ditolak dan akan diperdebatkan jika diletakkan di masjid masjid mahu pun surau surau.
Jadi untuk itu Sangkakala rasa Khalid jangan hanya bercerita memberi kebenaran atau sebaliknya tapi perlu mengingati bahawa masjid adalah tempat ibadat dan bukan tempat berpolitik.
Sangkakala biasa lihat di masjid masjid khususnya pada hari jumaat yang mana akhbar kerajaan PR Selangor akan menulis sebarang bentuk penulisan yang menghasut rakyat supaya membenci kerajaan pusat dan menulis tanpa fakta yang khusus.
Jika Khalid meletakkan perkara atau kesalahan ini di atas bahu editor atau pengarang akhbar tersebut, Sangkakala rasa Khalid juga mampu untuk menegur peebuatan itu kerana akhbar SelangorKini berada dibawah jagaan dan pemantauan beliau.