Rabu, 27 November 2013

KERAJAAN SELANGOR DOUBLE STANDARD !! HAK RAKYAT DINAFIKAN @NajibRazak @nohomar


Sangkakala pernah masukkan dalam laman blog ni bahawa kerajaan Selangor cuba menaikkan sewa kediaman di PPR secara rela terpaksa.

Tapi masa tu ramai lah juga dikalangan pengikut PR yang mempertahankan perlakuan yang dilakukan oleh pemimpin mereka yang semakin hari semakin menindas penduduk khususnya warga yang berpendapatan rendah.

Para pengikut PR ini seolah olah tidak percaya dengan apa yang Sangkakala katakan walaupun ada bukti bersurat uang Sangkakala sertakan dalam artikel tersebut.

Kali ni Sangkakala dedahkan sekali lagi apa yang berlaku di PPR Kota Damansara dan satu notis telah pun diletakkan di papan kenyataan di PPR Kota Damansara.

Dalam notis tersebut jelas menunjukkan bahawa setiap penyewa yang membayar sewa sebanyak RM 250 akan menikmati skim khairat kematian manakala yang membayar RM 124 pula terkecuali dari skim ini.

Persoalannya, kenapa perlu ada double standard macam tu? Apa beza 0enghuni yang membayar RM 250 dan RM 124 sebulan?

Sangkakala nampak disini cuma satu, pengurusan perumahan tersebut yang merupakan anak syarikat kerajaan Selangor cuba memperdaya penduduk supaya membayar sewa sebanyak RM 250 kerana untuk mereka meminta sewa sebanyak itu kepada penyewa yang membayat sewa sebanyak RM 124 adalah tidak mungkin tambahan pula EXCO kerajaan negeri sendiri telah membuat kenyataan bahawa tiada kenaikan harga sewa PPR akan dilakukan.

Mahu atau tidak, sedar atau tidak,  mereka (pengurusan perumahan) cuba mengaburi mata penyewa dengan memberikan insentif sebegini kepada para penyewa supaya penyewa membayar sewa sebanyak yang mereka inginkan.

Tak sudah sudah kerajaan Selangor cuba untuk menipu rakyat termasuk juga dengan anak syarikat kerajaan sendiri yang dilihat cuba melakukan perkara sama.

Tapi inilah pilihan rakyat Selangor yang telah tersilap memilih kerajaan untuk menerajui mereka dan kini apa yang dipilih menjadi satu liabiliti kepada rakyat khususnya orang yang berpendapatan rendah.