Rabu, 20 November 2013

#dunselangor PELABURAN MERUDUM !!! MAJUKAH SELANGOR ???

Macam mana kerajaan Selangor nengatakan bahawa mereka mendapat peningkatan pelaburan bagi tahun 2013 atau kata lainnya sepanjang mereka memerintah di Selangor? 

Cuba kita tengok unjuran pendapatan dalam laporan dibawah.


Kalau dah macam ni rupanya, maknanya Selangor tiada peningkatan malah ianya jatuh pada tahun 2013 atau lebih tepat Sangkakala katakan apabila pakatan menang kerajaan negeri untuk penggal kedua.

Mungkin pelabur memang menunggu sekiranya pakatan mengalami kekalahan semasa pilihanraya tempoh hari barulah mereka akan masuk ke Selangor  untuk melabur dan apabila kerajaan pakatan masih lagi menjadi kerajaan, maka para pelabur ini menarik diri untuk melabur.

Mungkin ada sesetengah pengikut pajatan akan mengatakan bahawa walaupun pelaburan kurang tapi kerajaan selangor mengekalkan kerusi mereka sebagai kerajaan negeri.

Memang betul kenyataan tersebut tetapi kita semua perlu ingat bahawa jika tiada pelabur yang masuk ke Selangor pada masa masa akan datang, maka kerajaan negeri tidak akan mempunyai sumber kewangan dan apa akan jadi kepada ekonomi kerajaan negeri dan bagaimana rakyat Selangor akan meneruskan kehidupan mereka?

Menteri Besar dengan lenggang lenggokbya akan cuba memutar apa yang terkandung ddalam laporan diatas dengan mengatakan bahawa rezab kerajaan negeri berjumlah berbillion ringgit.

Tetapi Sangkakala percaya ianya bukanlah dalam bentuk wang tetapi ianya adalah dalam bentuk aset yang dicairkan seterusnya digazetkan sebagai rezab kerajaan negeri.

Ini adalah satu pembohongan dari kerajaan negeri Selangor kepada rakyat negeri tersebut dan secara tidak sedar, untuk mendapatkan semua aset yang telah dicairkan ini maka, harga sewa rumah PPR dinaikkan dan cuka serta premium tanah di negeri Selangor juga dinaikkan hingga menyukarkan pemaju swasta atau kerajaan pusat membina rumah mampu milik kerana kekangan harga premium dinaikkan.

Ini perjuangan yany dikatakan terlalu hebat oleh pakatan untuk rakyat Selangor? Mimpi siang hari jelah..