Khamis, 21 November 2013

#dunselangor APABILA KERA DIPILIH JADI ADUN !!! @nohomar

Hari ini adalah hari ketiga perbahasan tentang bajet kerajaan negeri Selangor.

Dari apa yang berlaku didalam sidang DUN pada kali ini, Sangkakala lihat rupanya banyak kera atau monyet yang telah dipilih oleh orang Selangor untuk menjadi wakil rakyat di kawasan mereka.

Sangkakala perhatikan semalam apabila Ketua Pembangkang dari Barisan Nasional berhujah, begitu ramai wakil rakyat dari pakatan meminta untuk mencelah.

Begitu juga hari ini apabila ADUN Pembangkang (BN) dari Semenyih memberikan ucapan perbahasan, begitu ramai juga yang memohon untuk mencelah daripada Timbalan Speaker.

Sedangkan semalam juga, apabila ADUN (PR) Sekinchan memberikan ucapan perbahasan bajet, tidak ada pencelahan yang diminta oleh ADUN ADUN lain.

Jangan kata sebab ianya bernas, yang sebenarnya, untuk mengganggu ucapan sepertimana yang dilakukan oleh ADUN (PR) kepada ADUN (BN) sesiapa pun mampu untuk melakukannya.

Tapi ADUN (BN) mengambil sikap untuk mendengar permasaalahan yang hendak disampaikan, cadangan yang hendak diutarakan oleh rakan ADUN mereka dari pihak kerajaan.

Ini jelas memperlihatkan bahawa ADUN (PR) tidak memperdulikan permasaalahan rakyat dalam Dewan Undangan dan mereka hanya sekadar mecanangkan bahawa mereka telah melakukan yang terbaik di dalam Dean Undangan.

Itu juga sebabnya kenapa rakyat Selangor pada hari ini dibawah kepimpinan kerajaan Pakatan tertindas dan akan terus ditindas.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan