Ahad, 17 November 2013

DAULAT TUANKU !!! KERAJAAN PUSAT PERLU AMBIL PERHATIAN @NajibRazak


Sedih pulak Sangkakala baca keratan akhbar ni bila DYMM Sultan Kelantan meminta kerajaan Pusat untuk membina jambatan Palekbang yang dijanjikan oleh PAS sejak 17 tahun lalu tapi langsung tidak pernah ditunaikan.

Sultan Kelantan memang terkenal dengan sikap prihatin kepada rakyat baginda tetapi berbeza dengan kerajaan negeri yang lebih mementingkan berpolitik dari menjaga kebajikan rakyat.

Bagi Sangkakala, permintaan Sultan Kelantan ini wajar di realisasikan oleh kerajaan Pusat memandangkan kelemahan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dibawah naungan PAS. 

Mungkin juga Sultan Kelantan sudah mula hilang kepercayaan kepada kerajaan negeri dalam memberikan prasarana terbaik untuk kemudahan rakyat Kelantan.

Kerajaan PAS selama ini memang hanya akan berjanji malah parti parti sekutu PAS juga melakukan perkara sama.

Berjanji bagi pakatan seperti makan nasi ketika lapar (berjanji ketika pilihanraya) dan selepas itu mereka akan senyap dan terus berpolitik memburukkan kerajaan Barisan Nasional untuk pilihanraya akan datang.

Sementara menunggu pilihanraya itu, rakyat akan terbiar begitu sahaja tanpa pembelaan.