Sabtu, 2 November 2013

#BeraniHijrah #Prksglimau ARWAH USTAZ AZIZAN TERUS DIHINA PENYOKONG PHAHROLRAZI


Nampaknya takkan reda penghinaan yang dilakukan oleh pengikut Phahrolrazi keatas arwah ustaz Azizan.

Gambar diatas didapati digantung di sekitar kawasan Sungai Limau dan jelas tertulis 'kaki ustaz' yang bermaksud kaki arwah ustaz Azizan.

Mungkin juga ini kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mengeluarkan kenyataan tentang isu kenaikan harga gula dengan kaki arwah ustaz Azizan, tetapi satu permohonan maaf telah dibuat dan isteri kepada arwah Ustaz Azizan juga telah menerima permohonan maaf tersebut dengan hati terbuka.

Baca DISINI

Mengikut kata isteri arwah Ustaz Azizan, kemungkinan Tan Sri Muhyiddin mengeluarkan kenyataan tersebut dengan niat yang lain tetapi telah dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta dihebahkan dengan cara yang tidak bermoral.

Bukan itu sahaja, pemuda PAS Kedah sendiri telah mengatakan bahawa isu kenyataan Tan Sri Muhyiddin dianggap selesai apabila beliau telah memohon maaf.

Persoalannya disini, kenapa perlu digantung replika kaki tersebut dan tertera pulak tulisan 'kaki ustaz' pada replika yang digantung bukan satu bahkan mengikut dari sumber, beberapa kawasan juga turut digantung replika sama.

Bagi Sangkakala ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan dan menurut beberapa sumber juga, ianya dilakukan oleh pengikut Phahrolrazi yang dari dulu memang tidak berapa setuju dengan pemerintahan arwah ustaz Azizan.

Jadi Sangkakala nk nasihatkan disini, janganlah libatkan orang yang telah meninggal dunia tambahan pula arwah ustaz Azizan dihormati bukan sahaja oleh rakyat di Sungai Limau, bahkan pemimpin UMNO sendiri menghormati arwah.

Kalau mungkin pun dendam kesumat telah terbenam dalam hati masing masing, janganlah sampai dipermain mainkan perkara macam ni.

Nampaknya kalau kemenangan diberikan kepada Azam yang merupakan anak saudara kepada Phahrolrazi maka akan ada lagi penghinaan seperti ini dan Sangkakala yakin bahawa Phahrolrazi akan membalas dendam terhadap rakyat di sekitar Sungai Limau.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone