Isnin, 7 Oktober 2013

TAHNIAH @tunfaisal DAN @Khairykj

Semasa pengumuman nama mereka yang layak bertanding sebagai calon Majlis Tertinggi UMNO tempoh hari ada berita mengejutkan apabila nama Tun Faisal Ismail Aziz tidak tersenarai sebagai mereka yang layak bertanding.

Ini berikutan dengan tataetika dan cara pemilihan yang baru iaitu seseorang yang ingin bertanding dalam Majlis Tertinggi perlu menjadi Ahli JawatanKuasa Bahagian sekurang kurangnya bagi satu penggal.

Tun Faisal dikatakan tidak layak apabila tidak memegang apa apa jawatan dalam bahagian Putrajaya namun beliau adalah EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Ini adalah kesilapan teknikal dan apabila rayuan dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, jawatankuasa pemilihan telah memutuskan bahawa Tun Faisal layak bertanding kerana beliau adalah EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Sekalung tahniah Sangkakala ucapkan kepada Tun Faisal dan juga YB Khairy Jamaluddin yang begitu mengambil berat tentang kedudukan pemuda dan terima kasih kepada Tan Sri Tajol Rosli yang begitu prihatin terhadap permasalahan tersebut.

Apa apa pun Sangkakala harapkan yang terbaik buat Tun Faisal dan seluruh pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan