Berkenaan dengan hentaman yang dilakukan oleh YB Datuk Seri Zahid Hamidi terhadap warwan Malaysiakini semalam, hari ini pengasas dan pengarang portal tersebut tampil memberikan amaran kepada Menteri Dalam Negeri supaya tidak menganggu wartawan mereka.
Haha, hebat Malaysiakini sampai boleh warning Menteri Dalam Negeri.
Mengikut kata pengasas dan pengarang portal tersebut, Zahid menuduh bahawa portal itu kerapkali memusingkan fakta yang dikeluarkan oleh kerajaan dan Malaysiakini mengatakan bahawa sekiranya terdapat perkara tersebut berlaku maka pihak yang berkenaan boleh berhubung dengan mereka dan perkara itu boleh diperbetulkan.
Tapi masalahnya betul ke Malaysiakini mampu untuk membetulkan keadaan walaupun diberitahu, sepatutnya mereka yang bertanggungjawab dalam penerbitan artikel dalam portal berkenaan perlu lebih bertanggungjawab serta meneliti dahulu perkara yang akan dimasukkan.
Bukan main masuk je dulu baru nak perbetul selepas ditegur, itu dah tak kena caranya.
Lagi satu kenapa lepas di tempelak oleh Datuk Seri Zahid baru le kata boleh berhubung segala bagai? Kenapa tak dari dulu lagi?
Malaysiakini memang tidak lagi dipercayai oleh UMNO dan kebanyakan Menteri kerana cara penyampaian mereka yang akan mengeluarkan berita lain daripada kejadian.
Jadi Malaysiakini perlu belajar dari kesilapan lalu supaya lebih dipercayai.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan