Selasa, 1 Oktober 2013

PADAH AKIBAT BERHIMPUN !!! JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN

Akibat daripada menyertai perhimpunan menolak pengambilalihan pentadbiran Perak oleh Barisan Nasional pada tahun 2009, seorang kakitangan diminta GLC diminta untuk berundur atau dipecat dari GLC berkenaan.

Dalam kes ni, jangan pula kata kerajaan atau sesiapa yang salah, tapi salahkan diri sendiri sebab terlalu taksub dengan pembangkang.

Bad Latif Mansor tak lama lagi mesti akan dapat liputan luas dan simpati daripada pembangkang yang kononnya mempertahankan apa yang dilakukan oleh beliau.

Namun kod etika syarikat GLC berkenaan tidak boleh dipertikai oleh sesiapa dan sebagai kakitangan pengurusan kanan dalam GLC berkenaan seharusnya tahu akan perkara tersebut.

Jadi bila dah kena macam tu, harap harap akan menginsafkan diri Bad, jangan sampai kerana terlalu taksub dengan pembangkang, sampai hilang pekerjaan dan mata pencarian.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan