Selasa, 27 Ogos 2013

TAN SRI MUHYIDDIN PERLU TURUN !!! GANTI DENGAN YANG LAIN !!!

Sangkakala memerhatikan sejak daripada pilihanraya umum ke 12 dan sejak Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan menjaga Kementerian Pendidikan, tidak ada kejayaan yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin dalam Kementerian Tersebut.

Hmmm..sekali lagi nampaknya Sangkakala akan dikatakan sebagai blogger yang hentam pemimpin, tapi cuba kita fikirkan sejenak, dimana kejayaan yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri tersebut?

Tan Sri Muhyiddin diamanahkan untuk menjaga Kementerian tersebut dengan harapan pandangan cikgu atau para guru dapat dipulihkan untuk menyokong kerajaan.

Tapi apa yang jadi sekarang ialah, kegagalan dalam memberikan persepsi positif terhadap kerajaan kepada para para guru ini sehingga membuatkan ramai dikalangan para guru mula bertindak menyokong pembangkang walaupun sudah terlalu banyak insentif terhadap guru diberikan.

Kegagalan ini perlu dikaji sama ada berpunca daripada Tan Sri Muhyiddin atau dikalangan pegawai pegawai di Kementerian dan jika ianya berpunca daripada pegawai pegawai yang gagal menjalankan tugas mereka di Kementerian, mereka ini harus ditukar tapi buat masa kini, apa yang Sangkakala lihat adalah kegagalan Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri menangani masalah dalam Kementerian atau para pegawai dalam kementerian tersebut.

Tan Sri Muhyiddin perlu turun ke akar umbi para pendidik ini untuk mengesan permasaalahan mereka dan jika didapati ada pegawai yang gagal untuk menjalankan tanggungjawab serta amanah yang diberikan, turunkan mereka dari kementerian dan gantikan dengan pegawai pegawai lain yang lebih sayangkan kerajaan.

Kegagalan ini sebenarnya telah merosakkan kerajaan dimana para guru (kebanyakannya) telah mengambil tindakan untuk menyokong pembangkang dan dalam masa sama para guru ini menuntut segala macam kemudahan agar diberikan kepada mereka.

Walaupun segala insentif, segala keperluan dipenuhi tapi jawapan semasa hari pengundian dilihat amat mengecewakan dan ini lebih ketara lagi apabila para guru ini berpencen, mereka kebanyakannya akan melompat terus masuk ke parti pembangkang dan mula menyebarkan dakyah tentang keburukan kerajaan.

Jika perkara ini berlanjutan, Sangkakala tidak akan merasa terkejut jika satu masa nanti kerajaan Barisan Nasional ini akan menjadi pembangkang ekoran ramai dikalangan guru serta kakitangan kerajaan yang tidak lagi memberikan sokongan mereka kepada kerajaan malah mereka memilih untuk mengundi pakatan pembangkang.

Jadi kepada Tan Sri Muhyiddin, Sangkakala rasa haruslah mengambil sikap lebih bertanggungjawab diatas kegagalan ini, carilah jalan bagaimana untuk menyelesaikan permasaalahan ini sebelum ianya merebak.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan