Ini adalah muka muka rakyat Malaysia yang biadap selepas 56 tahun negara memperolehi kemerdekaan.
Dengan membawa bendera yang kononnya menjadi bendera sebenar kepada negara menunjukkan mereka ini sengaja untuk mencetuskan kekeliruan diantar rakyat Malaysia.
Seharusnya mereka ni ditangkap dan jangn dibiarkan terus mengelirukan rakyat dengan sikap dan perangai mereka tapi nampak gayanya sehingga kini mereka masih lagi bebas melakukan apa sahaja.
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas dalam menangani isu sebegini, bukan dengan hanya melihat perlakuan mereka dan seolah olah takut untuk mengambil tindakan kerana mereka didokongi oleh pembangkang.
Bagi Sangkakala, jika kerajaan mengambil tindakan keatas mereka dan jika pembangkang pula ingin melakukan sesuatu untuk membela mereka, Sangkakala rasa rakyat Malaysia tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.
Rakyat Malaysia akan bangkit sekiranya kerajaan melakukan sesuatu tindakan yang betul tetapi di tentang oleh pembangkang tidak kira dengan apa kaedah sekalipun walaupun dengan kekerasan.
Seperti yang dilakukan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri sekarang, majoriti rakyat bersetuju dan ada segelintir daripada pemimpin pembangkang serta kerajaan tidak berasa senangdengan tindakan tersebut tetapi oleh kerana rakyat bersetuju dan mahu ianya dilaksanakan maka mereka (yang menentang) tidak mampu melakukan apa apa.
Begitulah juga sekiranya kerajaan mengambil tindakan tegas keatas mereka mereka seperti didalam gambar diatas yang sedaya upaya memesong pemikiran rakyat Malaysia.