Banyak sangat laporan yang Sangkakala dengar tentang Ketua Bahagian Batu ni, dengan cara kepimpinan yang amat tidak meyelesakan ahli UMNO di bahagian sendiri.
Tapi takkan takde langsung orang yang berani untuk bertanding sebagai Ketua Bahagian, pembaharuan perlu dilakukan bukan sebab apa, ini semua semata mata untuk menjalankan apa yang dihajati oleh Perdana Menteri iaitu tranformasi dalam parti.
Sangkakala rasa transformasi ini perlu dilakukan bermula dari Bahagian dan kalau di UMNO Malaysia tetapi di peringkat akar umbi masih ditakuk lama, Sangkakala tak nampak dimana transformasi tersebut akan berlaku.
Seperti yang Sangkakala katakan tadi, di Bahagian Batu perlukan perubahan, jika tidak, Tian Chua atau PKR akan terus bermaharaja lela dia kawasan tersebut.
Dan dengan kepimpinan yang ada, Sangkakala tak nampak yang Barisan Nasional akan menjadi pemimpin politik dalam kawasan parlimen Batu.
Datuk Yahya Mat Ghani atau Tok Abas ternyata telah gagal untuk menerajui kawasan Batu kerana dengan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional, bukan sahaja ahli UMNO, malah komponen sendiri tidak selesa dengan apa yang beliau lakukan selama ni.
Sangkakala pernah keluarkan dalam laman blog ini yang mana ada ahli UMNO Cawangan beliau sendiri tidak menerima notis mesyuarat sedangkan beliau adalah ketua bahagian.
Kalau satu cawangan pun Tok Abas tak mampu nak uruskan, adakah bahagian akan di susun atur dengan sempurna atau ianya hanyalah untuk mendapatkan sesuatu semata mata.
Sangkakala juga pernah keluarkan bahawa Sangkakala akan keluarkan setiap kesalahan dan kesilapan sekiranya Tok Abas masih mahu menjadi ketua bahagian kerana bagi Sangkakalan kepimpinan Tok Abas gagal secara total di Batu.
Nantikan pendedahan demi pendedahan yang akan Sangkakala keluarkan, dan kepada Tok Abas terimalah kritikan dengan hati terbuka, jangan melenting tak tentu pasal.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan