Mengikut kata Kulaan Niring gambar diatas diambil setengah jam sebelum serbuan oleh penguatkuasa DBKL di Dataran Merdeka.
Selanjutnya DISINI
Kenapa perlu ada double standard dalam penguatkuasaan DBKL? Itu persoalannya disini.
Para peniaga kecil kecilan diarampas barangannya sedangkan mereka yang berniaga barangan cetak rompak dan segala bagai barang yang tidak tulin di Petaling Street dan Chow Kit dibiarkan berleluasa.
Takkan dah kawtim siap siap kot sampai tak nampak lanun lanun di kawasan yang Sangkakala katakan tadi.
Peniaga peniaga yang ditahan tu cuma berniaga secara sambilan untuk mencari sedikit penambahan rezeki dan pada Sangkakala biarlah mereka berniaga disitu atau jika mereka tidak mempubyai lesen, berikan amaran dan minta mereka memohon lesen untuk berniaga secara sambilan di Dataran Merdeka dan bukannya dengan merampas barangan tersebut.
Tengku Adnan selaku menteri yang bertanggungjawab dalam Wilayah persekutuan harus melihat perkara ii dengan lebih dekat dan yang paling penting sekaki ialah mereka ini adalah orang orang melayu, sedangkan lanun lanun di Petaling Street dan Chow Kit pula terdiri daripada orang orang cina.
Jadi mungkin di kedua dua tempat tersebut telah memberikan imbuhan kepada penguatkuasa DBKL untuk menutup kesalahan mereka.
Sangkakala amat yakin sekiranya ada penguatkuasaan yang bakal dilakukan maka sudah pasti akan ada perkhabaran yang diterima oleh lanun lanun ini supaya beredar agar tindakan dan penguatkuasaan tidak diambil terhadap mereka.
Tolong tolong lah perhatikan sama perkara ini, jangan perkara ini menjadi barah satu hari nanti.