Jumaat, 16 Ogos 2013

@NajibRazak KENAPA TAKUTKAN NAZRI AZIZ ??? MACAM ADA YANG TAK KENA jE !!!

Selepas dua hari Sangkakala keluarkan cerita anak Nazri Aziz jadi pegawai khas beliau sendiri di kementerian pelancongan, hari ni Najib tampil untuk mengatakan bahawa tidak ada masalah sekiranya keluarga diambil sebagai pegawai.

Sangkakala pun kadang kadang hairan dengan Perdana Menteri ni, agaknya tak faham kot maksud yang tersurat kenapa Nazri tidak sepatutnya meletakkan anak dia di Kementerian Pelancongan.

Kalau anak si Nazri ni elok macam orang lain takde masalah, tapi yang jadi masalahnya ialah apabila anak kepada Nazri ni penuh dengan kontroversi dan pelbagai masalah sosial, disitu masalahnya.

Kalau setakat nak jadi pembantu kepada bapa di si Nazri takde siapa nak larang, tapi ni di kementerian, kalau orang lain rasanya dah tentu kena tendang keluar atau dinasihatkan supaya anak Nazri si Nedim tu keluar dari kementerian tersebut tidak kira sam ada kerajaan atau siapa saja yang bayar gaji dia.

Tapi Sangkakala tengok Najib Razak seolah olah amat takut untuk berhadapan dengan seorang menteri yang jawatan ahli majlis tertinggi dalam UMNO pun dilantik.

Perkara ni yang sebenarnya boleh mencalar imej serta kredibiliti seorang menteri dengan mengambil seorang anak yang bermasalah untuk diangkat sebagai pegawai dalam kementerian.

Seperti ada satu rahsia pula apabila Najib cukup risau untuk mengeluarkan Nazri dari barisan kabinet sekiranya anak dia masih lagi ditempatkan disitu.

Bertindaklah dengan matang wahai Perdana Menteri, jangan buat kerja melulu macam tu, sementara ada kuasa gunakan sebaik baiknya, takut nanti rakyat menggunkan kuasa mutlak mereka pula dalam meolak kepimpinan yang dilihat tidak berani mempertahankan kebenaran.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan