Jumaat, 23 Ogos 2013

@NajibRazak KENAPA JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA PERLU DIPERTANDINGKAN !!!


Pemuda UMNO Malaysia telah mengatakan bahawa jawatan ketua pemuda perlu dikekalkan kepada penyandangnya hari ini iaitu  YB saudara Khairy Jamaluddin dan tidak dinafikan bahawa Khairy memanh dilihat layak untuk memeganh jawayan tersebut.

Tapi Sangkakala terfikir sebentar tadi, jika jawatan tersebut tidak dipertandingkan, masih mampukah saudara Khairy membawa pemuda seperti mana yang dilakukan sebelum ini? 

Bukanlah niat Sangkakala untuk menidakkan jasa Khairy, tetapi apa yang Sangkakala cuba sampaikan disini ialah, Khairy kini seorang menteri dan dalam keadaan sekarang, pemuda perlu dilihat lebih lantang untuk melontarkan hasrat dari akar umbi pemuda tambahan pula dalam melawan permintaan dan perlakuan tidak masuk akal pembangkang.

Jika dulu sebelum menjawat jawatan menteri, Khairy mampu untuk membawa pemuda melakukan perkara perkara demi untuk kedaulatan dan mempertahankan negara tetapi kini apabila menjawat jawatan menteri, perkara perkara sepertiitu perlu dielakkan untuk menjaga imej kementerian yang di bawa oleh beliau kini.

Pemuda sebenarnya memerlukan seorangbpemimpin yang bukan dikalangan menteri demi untuk membawa kepada perubahan kepada pergerakan tersebut dan sekali lagi Sangkakala nyata kan disini bahawa apa yang dilakukan oleh YB Khairy sepanjang menjawat jawatan ketua pemuda UMNO Malaysia yang bukan bertaraf menteri dilihat lebih praktikal.

Seperti contoh, YB Khairy pernah membawa para pemuda untuk tirin ke demonstrasi Patriot demi untuk menunjukkan bahawa masih ada pemuda yang tidak suka himpunan BERSIH diadakan dan ianya dilihat berjaya dan berkesan dan apabila beliau menjawat jawatan sebagai Menteri kini, maka beliau perlu untuk menjaga imej kementerian yang diketuai oleh beliau.

Walau apa pun Sangkakala masih menerima keputusan dari akar umbi pemuda kerana ini adalah mengikut apa yang Sangkakala fikir dan lihat pada masa ini dan keperluan pemuda pada masa kini secara amnya.

Keputusan perwakilan pemuda untuk memilih siapa ketua adalah penting demi untuk kesinambungan pergerakan pemuda itu sendiri.