Ahad, 14 Julai 2013

#KualaBesut PELUANG BN MENANG AMAT CERAH

Kalau nak diikutkan dari sejarah sejak tahun 1999 hinga 2013, Barisan Nasional relay menunjukkan prestasi kemenangan yang amat tinggi dan ini menunjukkan bahawa rakyat di sekitar Kuala Besut memang lebih mempercayai kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional.

Salam tahun 1999 PAS hanya memperolehi 487 undi dan kemudian pada tahun 2004 Barisan Nasional telah memenangi kerusi DUN Kuala Besut dengan undi majoriti sebanyak 2027 undi dan pada tahun 2008 sebanyak 2631 dan pada tahun 2013 Barisan Nasional menang dengan undi majoriti sebanyak 2434.


Dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemimpin Barisan Nasional di peringkat DUN serta Negeri, adalah tidak mustahil kali ini Barisan Nasional akan memperolehi kemenangan yang lebih besar lagi.

Tidak mustahil juga apabila pengundi di kawasan Kuala Besut memilih kerajaan Barisan Nasional mereka akan menerima lebih banyak kemajuan serta kebajikan rakyat akan terus terbela seperti mana sebelum ini.