Selasa, 23 Julai 2013

#KualaBesut PAS CUBA NAIKKAN KEMARAHAN RAKYAT DENGAN FITNAH


Cuba tengok gambar kat atas tu..ada dua sticker Barisan Nasional dalam sebuah masjid di Kuala Besut dan mengikut apa yang diberitahu..masjid tersebut adalah masjid PAS..mungkinkah sticker tersebut boleh dilekatkan oleh orang UMNO atau Barisan Nasional? 

Cukup tidak masuk akal apabila masjid kepunyaan PAS dicerobohi oleh UMNO melainkan orang PAS sendiri yang meletakkannya disitu dan ambil gambar kemudian tanggalkan semula untuk menaikkan kemarahan rakyat kononnya UMNO berkempen hingga ke dalam masjid. 

Ini adalah tektik kotor PAS setelah mereka melihat bahawa mereka tidak akan memperolehi kemenangan di dalam pilihanraya kecil Kuala Besut yang akan berlangsung esok.

Fitnah kotor PAS ini perly dikutuk sekeras kerasnya kerana UMNO tidak akan berkempen menggunakan masjid seperti mana yang dilakukan oleh PAS selama ini yang menggunakan masjid masjid yang kononnya milik mereka untuk berpolitik serta memberikan ceramah berunsur politik walaupun mereka selama ini hebat memperkatakan bahawa masjid adalah rumah Allah fan tidak akan dipolitikkan.