Jumaat, 5 Julai 2013

@Khairykj @tunfaisal KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA BERHUBUNG PERGOLAKAN DI MESIR

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saudara Khairy Jamaluddin mengecam hebat kejadian rampasan kuasa keatas pemimpin Mesir.

Menurut Khairy, peristiwa tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Ikuti kenyataan akhbar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tentang penggulingan pemimpin Mesir tersebut..

'Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecam rampasan kuasa dan penahanan Presiden Mohammed Mursi. Insiden yang tercetus selepas demonstrasi berpanjangan ini bukan sahaja telah meragut nyawa, tetapi juga membawa rusuhan dan pertembungan ganas antara pihak penyokong dan penentang kerajaan di sana.
 
Harus diingat bahawa Presiden Mohammed Mursi adalah seorang pemimpin yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir melalui proses pilihan raya dan bukannya rusuhan jalanan. Beliau tidak sepatutnya digulingkan dengan sebegitu rupa kerana ini bukan sahaja melanggari prinsip dan amalan demokrasi tetapi juga mengkhianati amanah rakyat.
 
Ini adalah satu iktibar kepada seluruh masyarakat antarabangsa bahawa keputusan demokrasi mestilah diterima dan dihormati oleh semua. Sebarang tindakan untuk menjatuhkan Kerajaan yang dipilih secara demokratik nyata melanggari batasan undang-undang dan perlembagaan.Oleh itu, tindakan sebegini hendaklah dikecam dan ditolak sepenuhnya.
 
Pada masa yang sama, saya mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di sana dan menasihati mereka agar tidak menghampiri kawasan yang berisiko tinggi. Saya juga berharap Kementerian Luar akan terus memantau pergolakan di Mesir dan membuat persiapan awal sekiranya kita terpaksa memindahkan rakyat Malaysia bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.'




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan