Sabtu, 20 Julai 2013

KHAIRY JAMALUDDIN DICABAR ???

Pemuda UMNO Johor mengatakan bahawa jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia perlu dipertandingkan.

Persoalannya adakah Khairy tidak layak untuk mengekalkan jawatan sebagai ketua pemuda UMNO Malaysia sedangkan pemuda dari Pulau Pinang, Kelantan dan Perak secara sebulat suara bersetuju untuk YB Khairy Jamaluddin meneruskan jawatan beliau sebagai ketua pemuda UMNO Malaysia.

Ketetapan juga sudah sibuat oleh EXCO pergerakan pemuda UMNO Malaysia bahawa jawatan tersebut dipertandingkan kerana buat masa ini kepimpinan Khairy dilihat mampu untuk memberikan impak kepada pergerakan pemuda UMNO Malaysia.

Bukan sahaja EXCO dan pemuda negeri, malah Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia juga bersetuju dan mencadangkan supaya jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia kekal dan tidak dipertandingkan.

Apakah pemuda UMNO Johor sengaja untuk menampakkan bahawa kepimpinan UMNO Malaysia yang ada kini pincang dibawah kepimpinan YB Khairy Jamaluddin?

Bagi Sangkakala pertandingan untuk jawatan ketua dalam pergerakan pemuda tidak perlu diadakan kerana selama ini YB Khairy dilihat mampu untuk membawa perubahan kepada pemuda UMNO Malaysia.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan