Ahad, 9 Jun 2013

@ZambryAbdKadir TAK PERLU TUNDUK DENGAN DESAKAN

Sangkakala dengar MIC Perak sekarang mula nek menuntut kerusi speaker Dewan Undangan Negeri sepertimana musim yang lepas.

Tapi ada satu persoalan disini yang Sangkakala nak ajukan, berapa kerusi yang MIC menangi untuk membolehkan mereka diletak sebagai speaker Dewan?

Setahu Sangkakala MIC langsung tidak memenangi mana mana kerusi dalam negeri Perak, dan cuma ada satu kerusi untuk MCA yang dimenangi.

Jadi kenapa MIC masih lagi mahu menuntut kerusi tersebut? Adakah MIC masih lagi mampu untuk memberikan khidmat kepada masyarakat india sedangkan kaum tersebut seolah olah tidak mempercayai mereka lagi dan ini terbukti dalam pilihanraya yang lalu.

Sangkakala rasa Menteri Besar Perak tidak perlu melayan kehendak MIC ini kerana jelas mereka ditolak oleh kaum India dan mesti ada sesuatu sebab disitu.

Tidak menjadi mustahil juga jika kaum India menrasakan bahawa MIC tidak mempedulikan mereka selama ini dan dengan sebab itu juga kaum India menolak parti komponen terbesar bagi kaum India dalam Barisan Nasional itu.

Dan MIC juga sepatutnya merasa malu untuk menuntut kerusi speaker Dewan kerana mereka gagal untuk memberikan kemenangan atau menyumbangkan kerusi kepada Barisan Nasional.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan