Presiden MIC yang sebenarnya cuba mencari publisiti dengan menuntut kerusi speaker Dewan Undangan Negeri dilihat amat tidak profesional, dan Sangkakala dapat melihat ianya adalah sebagai satu ugutan semata mata.
Daripada apa yang Sangkakala lihat ialah, jika Palanivel berjaya mendapatkan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak tersebut, beliau akan dilihat sebagai hero yang berjaya mendaoatkan jawatan untuk MIC dalam Dewan walaupun tidak memenangi mana mana kerusi DUN.
Sebagai seorang presiden parti komponen, Palanivel dilihat gagal untuk membawa kemenangan besar untuk Barisan Nasional tidak kira di peringkat negeri atau pusat dan dengan reputasi tersebut, sudah pasti akan ada yang bercadang untuk bertanding dan membuatkan beliau kemungkinan kehilangan jawatan.
Itu adalah agenda utama Palanivel dalam usaha untuk mengekalkan jawatan beliau dalam parti dan sehingga kini memang sudah ada ura ura bahawa beliau akan dicabar sebagai Presiden parti.
Kepada Datuk Seri Dr Zambry, Sangkakala rasa elok sangat tak payah ditolong mereka ni sebab mereka (MIC) sendiri tidak membantu dalam memperolehi kemenangan selesa untuk Barisan Nasional.