Ahad, 9 Jun 2013

@NajibRazak @syedhamidalbar BERAPA TAHUN LAGI NAK TUNGGU SPAD NI ???

Apa yang Sangkakala masukkan dalam blog baru baru ni ada juga jawapan daripada SPAD rupanya, tapi jawapan yang diberikan oleh SPAD rasanya tak menepati dengan apa yang dikehendaki oleh rakyat.


Kenyataan SPAD semacam yang diatas ni dah biasa kita dengar daripada banyaj agensi.

Bila ada masalah mula kata sedang melakukan penambahbaikan dan itu akan berulang ulang hingga bertahun tahun seperti agensi itu tidak menpunyai kakitangan.

Kalau nak diikutkan, Jabatan Pengangkutan Jalan juga telah menpunyai kaedah dan ianya boleh digunapakai seperti yabg pernah dilakukan oleh JPJ sikit masa dulu.

Sangkakala masih ingat dimana JPJ satu masa dulu melakukan operasi penyamaran dengan menaiki teksi sebagai orang biasa untuk ke satu satu tempat,  dan apabila ada pemandu teksi yang melanggar peraturan dan undang undang jalan raya, maka tindakan saman akan dilakukan serta merta.

Tapi kini apa yang kita lihat, SPAD hanya melakukan rondaan, dan sepanjang tempoh Sangkakala melihat SPAD ini di jalan raya, Sangkakala belum pernah melihat teksi atau bas yang ditahan oleh agensi penguatkuasaan ini.

Apakah itu juga memerlukan penambahbaikan? Kalau setakat menjadi peronda di jalanan, Sangkakala rasa banyak agensi lain melakukan perkara sama.