Khamis, 20 Jun 2013

@NajibRazak PERLUKAH BTN JADI SANDARAN ???

Sangkakala terbaca dalam sebuah blog malam tadi yang mana Sangkakala lihat ianya merupakan serangan bertali arus terhadap Biro Tata Negara yang diketuai oleh Datuk Raja Arif selaku Ketua Pengarahnya.

Baca DISINI

Sangkakala tidak berapa kisah dengan cerita dalam artikel tersebut, cuma ada satu yang Sangkakala nampak selama ini sebenarnya.

Serangan terhadap Biro Tata Negara ini sebenarnya bukanlah kerana kegagalan Biro tersebut, tetapi ianya lebih kepada masalah lama dan rasa amarah tersebut telah menular ke dalam diri penulis blog tersebut.

Dalam tahun 2012, beberapa kali konvension media sosial telah diadakan dan ianya adalah dengan kerjasama Biro Tata Negara, dan sehingga akhirnya Biro tersebut melihat bahawa konvension yang dibuat di seluruh negara tersebut tidak dapat menbantu secara menyeluruh dan setahu Sangkakala, Biro Tata Negara kemudiannya telah menghentikan konvension media sosial jelajah seluruh negara tersebut.

Disitu telah bermulanya titik tolak dimana kemarahan demi kemarahan telah dihamburkan terhadap Datuk Raja Arif kerana beliau telah menghentikan konvemsion tersebut dan sudah pastinya sumber untuk mengadakan konvension juga terhenti dengan sendirinya.

Sangkakala tidak mengikuti konvension ini tetapi Sangkakala telah terlibat secara awalnya dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bertindak sebagai penggiat media 1Agenda dimana konvension permulaan telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada bulan November 2011.

Dan kali ke dua Sangkakala ikuti konvension tersebut di Temerloh Pahang.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah, konvension konvension media sisoal jelajah Malaysia ini tidak berjaya sepenuhnya kerana, database peserta yang hadir juga tidak diperolehi dan ianya hanya dilihat sebagai membuang masa.

Sewaktu sedang hebat perjalanan konvension tersebut dari Sabah hingha ke Wilayah Persekutuan, nama Raja Arif ditatang seperti minyak yang penuh tetapi apabila Biro Tata Negara menghentikan program tersebut, berbakul bakul makian dan cacian yang dilemparkan seolah olah jasa yang diberikan ibarat sampah yang hanyut di tengah lautan.

Kalau penulis laman blog tersebut bahawa kegagalan Barisan Nasional mendapat kerusi majoroliti, Sangkakala juga inhin bertanya, apa sumbangan penulis tersebut dalam pilihanraya yang diadakan pada bulan Mei yang lalu?

Sangkakala tidak lihat dimana pemberian bantuan tersebut dilakukan.

Dalam artikel tersebut ada juga tertulis yang mengatakan bahawa Datuk Razali Ibrahim juga akan menjadi mangsa kepada BTN.

Sangkakala tidak rasa begitu sebab Razali Ibrahim juga sebelum ini pernah menjadi Timbalan Menteri tetapi di Kementerian yang lain iaitu Kemeterian Belia dan Sukan dan Sangkakala yakin bahawa beliau akan cepat menyesuaikan diri di sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Jadi masalah memperbudakkan sesiapa yidak akan muncul disini.

Cuma seperti yang Sangkakala katakan tadi,  suara suara ini keluar atas sebab peribadi dan ada kemungkinan ianya berkepentingan juga, jadi dari sudut itu Sangkakala merasakan bahawa Biro Tata negara tidak bermasalah dalam hal tersebut.

Berkenaan dengan dakwaan kegagalan modul modul BTN selama ini Sangkakala rasa juga adalah tidak tepat dimana Biro Tata Negara perlu menukar modul mengikut perkembangan semasa dan peralihan zaman kerana jika modul tahun 80an digunakan pada masa ini Sangkakala rasa amatlah tidak sesuai kerana ditahun 80an dulu kewujudan Internet dan media sosial tiada dalam kamus kehidupan manusia di Malaysia dan ianya berbeza pada masa kini dimana boleh dikatakan semua rakyat Malaysia mempunyai akaun media sosial paling tidak pun akaun facebook dan segala tohmahan serta  fitnah akan tersebar melalui akaun akaun tersebut.

Jadi disini jika Biro Tata Negara tidak menukar modul tersebut sudah pasti Biro Tata Negara akan jauh ketinggalan kebelakang.

Seperti yang cuba dilakukan oleh penulis blog yang Sangkakala katakan tadi,  beliau juga pernah mencuba untuk menukar modul tersebut namun apa yang Sangkakala lihat ianya tidak berjaya secara keseluruhan kerana masih ada terdapat kepincangan dan ianya terkeluar dari matlamat asal konvension tersebut. 

Jadi disini Sangkakala ingin katakan bahawa Sangkakala ada perasaan sedikit kurang setuju jika dikatakan bahawa Raja Arif yang mengalami kegagalan, cuma mungkin perlukan sedikit penambahbaikan dari beberapa sudut.