Khamis, 6 Jun 2013

@NajibRazak KHAIRUN ASEH TERLIBAT DENGAN SKANDAL BALAK ???

Banyak kisah yang menceritakan siapa sebenarnya Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ni, banyak laman blog yang telah memberikan pelbagai tanggapan serta pandangan namun ianya seperti mencurahkan air ke daun keladi yang langsung tidak memberi kesan.

Sebagai contoh di Putrajaya, beberapa laman blog telah mengatakan bahawa Khairun langsung tidak membantu dalam usaha untuk memenangi Putrajaya walaupun beliau adalah salah seorang ahli jawatankuasa UMNO bahagian tersebut.

Kemana Khairun menghilang selama tempoh kempen tersebut?  Adakah beliau begitu teruja dengan tugasan mencari sumber kewangan yang akan dibawa untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO bahagian dalam pemilihan akan datang?

Dan adakah ini ciri ciri seorang Ketua Pemuda UMNO bahagian yang diperlukan disebuah kawasan elit seperti Putrajaya, YBM Datuk Seri Tengku Adnan juga mungkin dapat melihat bahawa Khairun langsung tidak turun padang membantu beliau dalam kempen pilihanraya tersebut dan ramai dikalangan Ahli Jawatan Kuasa Pemuda Bahagian merasa tidak puas hati tentang perkara tersebut.

Cuba kita baca di SINI untuk maklumat lanjut.

Kekayaan Khairun memang tidak dapat disangkal dan ada juga yang mengatakan bahawa kekayaan beliau adalah hasil daripada perolehan beberapa projek semasa bapa beliau Tan Sri Aseh Che Mat memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dulu dan apabila dilantik sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya maka kekayaan Khairun bertambah berlipat kali ganda.

Baca pulak di SINI

Khairun juga dikatakan telah menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah bukan Eksekutif kepada syarikat Land and General Berhad, tapi apa kelayakan beliau hingga diberikan jawatan sebegitu rupa? Adakah kerana bapa beliau yang mempunyai kuasa di Putrajaya kini yang membuatkan beliau di ambil untuk mengisi jawatan tersebut?


Tapi takpelah, itu dah menjadi rezeki Khairun dan apa pula nak dihairankan sebab Land and General pun memerlukan kawasan tanah untuk dimajukan dan apa yang Sangkakala lihat tanah di Putrajaya masih banyak lagi yang kosong dan perlu di majukan jadi ada kemungkinan dengan pengambilan dan meletakkan Khairun Aseh di dalam syarikat gergasi tersebut akan memudahkan segala urusan.

Tapi lain pula bunyinya kalau ada laman blog yang mengatakan bahawa Khairun juga terlibat dalam skandal balak yang melibatkan pemimpin pembangkang sebab Sangkakala terbaca dalam satu laman blog bahawa Khairun dilibatkan dengan skandal pembalakan di Kelantan bersama sama dengan Ngeh Koo Ham dan Nga Kok Meng, ini dah jadi berita luar biasa ni.

Tapi Sangkakala tau bahawa penulis laman blog tersebut biasanya akan membuat risikan dengan penuh teliti dan sebab itu Sangkakala boleh dikatakan agak percaya dengan kenyataan yang terdapat dalam artikel tersebut.

Dalam blog tersebut ada perenggan yang berbunyi seperti gambar dibawah cuba renungkan betul betul


Baca selanjutnya di SINI

Ini sudah jadi perkara pelik, takkan kerana kekayaan sampai nak gadai semua sekali harta orang Melayu kot, melampau la kalau macam tu, ini tak boleh dibiarkan ( jika benar).

Dan ada juga beberapa laman blog yang memuji bagai nak rak penglibatan Khairun didalam misi misi diluar negara sampai ada yang kata dan mengangkat beliau sebagai pejuang hebat kononnya. 

Kalau nak diikutkan, tugas menyelamat di luar negara lebih banyak dilakukan oleh Datuk Aziz (Kelab Putra) yang tidak lekang daripada tugasan dan misi ke luar negara dalam memberi kan  bantuan kemanusiaan dan sebagainya.

Jadi berapa kerat sangat la yang dibawa oleh Khairun ni pulang ke tanah air? Dan apa yang amat dibanggakan ialah kejayaan membawa pulang keldai dadah yang merupakan rakyat Malaysia sikit masa dulu.

Itu bukan kejayaan, tapi itu kehancuran, bukanlah Sangkakala ingin menunjukkan sikap tidak berhati perut, tapi kita perlu ingat mereka ini adalah perosak manusia dengan cara berniaga dadah, ada yang kata menjadi keldai semata mata terpedaya dan ditipu,  tapi betul ke?

Kita lupakan kisah keldai ke lembu ni, apa yang Sangkakala dapat tahu sekarang Khairun akan menggunakan kedudukan beliau sekarang sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO bahagian dan ada juga ura ura yang mengatakan bahawa beliau akan bertanding sebagai Naib Ketua pemuda UMNO Malaysia dan kalaulah perkara ini terjadi, Sangkakala rasa pemuda akan hilang fungsinya dan yang akan tinggal hanyalah cara untuk mencari kekayaan demi kekayaan.

Jadi kepada pemuda Putrajaya,  harap bersedia dan berlatihlah daripada sekarang kerana kalau Khairun jadi Ketua Pemuda Bahagian, maka anda akan diletakkan ketepi kalau tak tau pakai sudu garpu dan juga pisau untuk makan tengah hari atau makan malam.