Jumaat, 7 Jun 2013

@NajibRazak KHAIRUN ASEH LARI DARI MASALAH

Ini cerita yang Sangkakala dengar daripada seorang rakan di Putrajaya dimana Datuk Khairun Aseh telah melarikan diri didalam debat diantara beliau dan ahli pemuda bahagian tersebut.

Debat yang diadakan dalam sistem mesej Whatsapp itu telah berlangsung dan apa yang Sangkakala baca dari perbincangan tersebut tidaklah begitu serius,  cuma Sangkakala nampak Khairun terlebih emosi  perbincangan tersebut. 

Salah seorang blogger yang mempertikaikan tentang perlantikan Khairun sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri adalah sebenarnya mempunyai asas yang cukup kukuh kerana semua ahli UMNO Putrajaya tahu bahawa anak kepada Presiden Perbadanan Putrajaya ini tidak sama sama turun membantu YBM Tengku Adnan semasa kempen pilihanraya yang lalu dan ini adalah punca utama kenapa ahli UMNO khususnya pemuda di Putrajaya berang.

Dan itu juga seban kenapa Sangkakala dilihat sama menghentam Setiausaha Politik ini.

Perdana Menteri sendiri telah mengatakan bahawa setiap individu (ahli UMNO) yang memboikot calon pilihanraya dianggap sebagai penderhaka dan layak diberikan hukuman.

Pada Sangkakala, dengan tidak membantu dalam kempen juga adalah salah satu cara untuk boikot tetapi dalam kes Khairun ni pulak jadi lain, bukannya beliau di hukum malah diberikan jawatan tinggi di sebelah Perdana Menteri,  pelik kan?

Kalau ahli lain mungkin sudah hilang keahlian atau kalau memegang jawatan sudah tentu akan kehilangan jawatan di bahagian.

Adakah untuk mendapatkan jawatan sebagai Setiausaha Politik makan seseorang itu tidak perlu untuk menjalankan tugas membantu parti dalam pilihanraya?  Kalaulah macam tu, Sangkakala juga berminat, tapi tak payahlah jadi Setiausaha Politik, jadi tukang bancuh air untuk Perdana Menteri pun jadilah.

Ada juga ura ura yang mengatakan lantikan Khairun ada kena mengena dengan Datin Seri Rosmah, sejauh mana kebenarannya Sangkakala tak tau, dan satu lagi yang Sangkakala dengar, Datuk Rauf yang merupakan setiausaha kerja UMNO Malaysia juga beriya iya melobi jawatan tersebut untuk diisikan oleh Khairun.

Macam yang Sangkakala pernah keluarkan dalam artikel sebelum ini, Khairun bukanlah dilantik kerana kerja dan tanggungjawab beliau sebagai exco pergerakan pemuda UMNO Malaysia atau sebagai Ahli JawatanKuasa UMNO Putrajaya,  tapi beliau dilantik atas sebab beliau adalah anak kepada Tan Sri Aseh Che Mat yang merupakan orang oaling berkuasa di Putrajaya dan sudah pastilah dengan kedudukan sebagai Setiausaha Politik maka kekuatan itu akan bertambah tambah lagi.

Ada juga yang mengatakan bahawa Khairun baru baru ini membawa beberapa orang ketua pemuda cawangan di Putrajaya yang baru ke pejabat beliau di Bangunan Pejabat Perdana Menteri dan disitu yang sebenarnya beliau ingin menunjukkan siapa beliau di sebelah Perdana Menteri dan sudah pastilah itu semua untuk meletakkan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO bahagian Putrajaya dalam pemilihan yang akan datang.

Sangkakala nampak agak hebat juga permainan Khairun Aseh ni, sampai bawa ke pajabat perdana menteri dan kalau uutuk melobi sebagai Ketua Pemuda pun Khairun dah gunakan pejabat Perdana Menteri,  untuk yang lain lain mmungkinakan lebih lagi Sangkakala rasa.

Sudah sudah la Khairun, kami kenal siapa kamu, kami akan pertahankan UMNO ni daripada orang macam kamu, macam kata Sahabat Sangkakala, kami takde harta yang boleh ditinggalkan pada anak cucu kami, kami cuma ada parti yang akan memastikan anak cucu kami hiduo selesa, dan kalau ada orang orang macam kamu yang kami lihat akan merosakkan parti ini, akan kami tentang habis habisan.

Kepada Perdana Menteri,  janganlah gadaikan ribuan orang semata mata nk jaga seseorang.