Isnin, 17 Jun 2013

MUKRIZ DIKATA BERSEBAB SOKONG PRESIDEN KEKAL

Pada mulanya Sangkakala tengok apa yang dilakukan oleh Datuk Mukriz Mahathir yang juga merupakan Menteri Besar Kedah mengusulkan supaya presiden dan timbalan presiden UMNO dikekalkan dan tidak dipertandingkan adalah kerana mahu memperlihatkan bahawa beliau mahu memperlihatkan perpaduan dalam UMNO.

Tapi dengan apa yang Sangkakala dengar kini, ada ura ura yang mengatakan Mukriz akan bertanding sebagai Naib Presiden UMNO.

Wah..untuk menggantikan siapa tu? Datuk Seri Zahid? Datuk Seri Hishamuddin atau Datuk Seri Shafiee Afdal?

Tapi semua tu tak kisahlah, sebab adat berjawatan, mesti ada pertandingan, tapi kalau betul sepertimana yang Sangkakala dengar ni ianya tidaklah begitu memeranjatkan sebab Datuk Mukriz tidak menyebut langsung tentang kedudukan naib presiden UMNO agar dikekalkan.

Dan mungkin kalau beliau meminta supaya Naib Presiden dikekalkan peluang untuk beliau bertanding akan tertutup sepenuhnya.

Sangkakala masih ingat lagi semasa Mukriz bertanding sebagai Ketua Pergerakan UMNO pada tahun 2008 dulu, Mukriz kecundang dengan YB Khairy Jamaludin dan kini beliau mungkin juga bercadang untuk pergi selangkah kehadapan.

Tapi bagi Sangkakala adalah masih terlalu awal untuk Mukriz duduk sebagai Naib Presiden kerana kalau diikutkan dari segi umur, biarlah ketiga tiga Naib yang ada kini kekal ditempat tersebut.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan