INi juga telah membuatkan ramai pengundi marah dengan kenyataan Dzulkefly Ahmad yang didakwa sengaja menghina para pengundi dengan mendakwa mereka dibeli oleh UMNO seolah olah mereka tidak mempunyai maruah serta harga diri.
Mustahil sangat UMNO atau Barisan Nasional mampu membeli undi dengan harga sebegitu dan jika ianya berlaku, sudah pasti akan memperlihatkan kemenangan mutlak kepada kerajaan dan sudah pastinya kerajaan Barisan Nasional pada hari ini akan memperolehi suara majoriti 2/3 dalam parlimen.
Begitu juga dengan DUN, negeri Selangor masih dalam penguasaan Pakatan Pembangkang dan jika benar seperri mana yang didakwa oleh Dzulkefly, sudah pastilah Selangor kini akan dinaungi oleh kerajaan Barisan Nasional dan kita akan melihat bahawa pakatan pembangkang akan kalah secara total di negeri tersebut.
Ini semua fitnah yang direka reka oleh pakatan pembangkang dalam usaha untuk menarik simpati dari rakyat fan adakah mereka ini semua tidak mempunyai rasa malu atau segan kerana apabila ditolak oleh rakyat, pelbagai perkara dan fitnah yang dilemparkan kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Sepatutnya mereka ini berasa malu apabila ditolak oleh rakyat sedangkan sati masa dulu rakyat hampir menerima mereka dikawasan.