Khamis, 20 Jun 2013

#505 #pru13 ANWAR AKHIRNYA AKUR DENGAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA

Kalau sebelum ini Anwar Ibrahim berhasrat untuk memboikot majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat tapi kini Anwar terpaksa juga akur untuk mengangkat sumpah apabila rakan rakan yang rikatakan sehidup semati beliau bertindak untuk mengangkat sumpah pada 24 Jun ini.

Ini juga termasuk Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang menyatakan bahawa beliau akan hadir untuk mengangkat sumpah bersama sama ahli parlimen pakatan pembangkang yang lain.

Anwar dilihat sudah kehilangan sokongan daripada rakan rakan politik beliau dari pakatan pembangkang yang selama ini dilihat sanggup melakukan apa sahaja untuk beliau demi mencapai kepentingan politik mereka. 

Benar juga seperti kata Datuk S.Nallakarupan bahawa Anwar adalah sesumpah politik yang boleh membentuk pelbagai rupa.

Bagi Sangkakala,  Anwar Ibrahim tidak matang dalam politik dan sepatutnya jika beliau benar benar inginkan perubahan dalam membentuk ekonomi serta kemajuan negara, beliau seharusnya mengambil pendekatan untuk bekerjasama dengan YAB Perdana Menteri dan melakukan tugas tugas sebagai ketua pembangkang.

Tidak dinafikan seperti kata Mantan Perdana Menteri,  Tun Dr Mahathir yang pernah mengatakan bahawa Malaysia memerlukan pembangkang untuk kemajuan negara, tapi yang sebenarnya kita tidak memerlukan pembangkang yang bersikap seperti pembangkang yang ada di Malaysia pada hari ini.

Dengan hanya memberikan kritikan tetapi tidak memberikan pandangan pandangan bernas, pandangan yang diberikan hanyalah berbentuk lebih merosakkan seperti menurunkan harga kereta, sudah pastilah ianya tidak munasabah sama sekali.


Mungkin kenderaan seperti yang dibawa oleh Rafizi Ramli seperti di atas ada kebenarannya jika diturunkan harga.

Kita dapat lihat contoh seperti di Singapura,  kenderaan yang dibawa masuk ke negara itu semuanya adalah kenderaan baru dan mereka tidak membenarkan penggunaan kenderaan terpakai mahupun kereta tersebut diimport.

Satu lagi, kenderaan di negara mereka hanya dibenarkan tempoh jangka hayat selama 10 tahun dan jika diimplimentasikan di Malaysia,  maka rakyat di negara ini akan berhutang tidak berkesudahan, kerana apa? Kerana pinjaman bank biasanya akan dibuat selama 9 tahun dan pada tahun ke 10 kereta tersebut terpaksa di lupuskan dan pemilik kenderaan tersebut akan mula berhutang semula.

Jadi disini kita perlu memikirkan perkara perkara ini sebaik mungkin kerana ianya adalah untuk kita semua dan juga untuk generasi kita yang akan datang nanti.