Rabu, 5 Jun 2013

#505 KHALID IBRAHIM MALUKAN AZMIN ALI

Kenyataan Khalid Ibrahim bahawa pwrlantikan setiausaha agung PKR sebagai pegawai perhubungan politik adalah untuk membantu kerajaan nwgeri itu dalam bidang pembangunan memang memalukan Pengerusi PKR negeri Selangor, Azmin Ali. 

Mana Azmin nak letak muka apabila beliau sendiri tidak diletakkan sebagai pegawai tersebut sedabgkan beliau memegang jawatan tertinggi dalam PKR negeri Selangor. 

Tapi kenapa Khalid ambik si setiausaha agung pulak dan kenapa tidak Azmin yang diletakkan di situ? 

Itu semua menjadi persoalan dalam minda semua ahli PKR termasuklah kepala si Azmin sendiri, adakah apa apa hubungan diantara Saifuddin dengan Khalid yang tidak diketahui oleh Azmin? 

Kebiasaannya pengerusi negeri bagi satu satu parti akan diangkat menjadi pemimpin nombor satu seperti dalam kes kerajaan Selangor.

Tapi ianya tidak berlaku sebegitu, Khalid masih diangkat sebagai Menteri Besar wakaupun Azmin yang jadi pengerusi negeri.

Ramai yang mengatakan bahawa Khalid mendapat mandat daripada presiden parti yang juga merupakan isteri kepada ketua umum PKR iaitu Anwar Ibrahim,  jadi mungkin atas sebab itu juga Khalid diangkat semula ke jawatan tersebut dan tinggallah si Azmin mengigit jari.