Isnin, 20 Mei 2013

ZAHID HAMIDI JANGAN LANTANG SANGAT

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jangan la lantang sangat bercakap tu, kesian kat Anwar ngan gerombolan pakatan pembangkang dah sampai nak terkencing dalam seluar bila dengar Datuk Seri Zahid bercakap.

Siang tadi Datuk Seri zahid berkata beliau memberikan kuasa penuh kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid untuk menjalankan tugas memerangi jenayah dan apa juga bentuk kekerasan yang ingin dilakukan oleh mana mana pihak selagi mengikut landasan undang undang.

Ini pun dah buat pakatan pembangkang kecut segala yang tegang selama ni sampai dalam ucapan ucapan pembangkang mereka mengatakan bahawa kenyataan Datuk Seri Zahid sebagai rasis dan sebagainya.

Anwar pula sampai berkata bahawa negara ini bukan bapa Zahid yang punya dan dibalas oleh Zahid bahawa negara ini juga bukan kepunyaan bapa Anwar.

Kalau dulu Datuk Seri Hishamuddin selalu dikatakan sebagai menteri amaran, tapi kali ini dengan nada tegas Datuk Seri zahid berkata bahawa sudah tiada lagi amaran akan dikeluarkan, hanya tindakan yang akan diambil.

Kita sebenarnya tidak boleh juga Datuk seri Hishamuddin begitu, kerana mungkin semasa di zaman beliau menjadi Menteri di Kementerian Dalam Negeri, beliau terpaksa berbuat begitu mengikut keadaan semasa dan segala tindakan itu kini di sambung oleh Datuk seri Zahid.

Zahid juga kini mencabar sesiapa juga untuk melanggar undang undang negara dan beliau juga mengatakan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

Jadi kepada para pembangkang, bersiap sedialah untuk mengira besi penghadang lokap berapa batang ke kiri dan berapa batang ke kanan, macam yang Adam Adli lakukan sekarang ni dalam lokap di Balai Polis Jinjang.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan